EEQA KITCHEN: Resepi Nasi Goreng Kampung Ayam Goreng Simple dan Sedap



Assalamualaikum wbt. Selamat petang. Alahai tengok gambar pun terliur dah Kak Eeqa. Nyum2. Ni resepi paling digemari ramai, paling sedap, paling buat tambah 2,3 kali. hihi. Bagi yang bujang-bujang atau yang nak cepat masak untuk sarapan tu
boleh cuba resepi ni ya. 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan A (untuk menumis nasi)

1. Bawang besar
2. Cili padi
3. Ikan bilis
4. Cili hidup
5. Telur
6. Sayur 
(terpulang sayur apa, biasanya sayur kangkug, sawi ke, kacang panjang ke)
7. Nasi putih yang sudah disejukkan

Cara Membuat Nasi Goreng Kampung

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang + cili padi + cili hidup yang sudah ditumbuk (sedap kalau ditumbuk sebab bumbu dia tu tak berapa halus sangat)
3. Tumis bahan tadi sehingga garing dan naik bau
4. Kemudian, masukkan ikan bilis yang sudah diblender.
(ikan bilis kalau nak goreng dan digaul dengan nasi nanti pun boleh)
5. Masukkan sayur
6. Masukkan garam
(*Tips: nenek saya pesan dulu letak lebih sikit sebab apabila nasi dah sejuk, kurang masin dia)
7. Masukkan serbuk perasa (saya pakai ikan bilis serbuk)
8. Masukkan nasi dan gaul rata
9. Selepas semua dah digaul rata baru masukkan telur 2 biji.
10. Gaul semua bahan tadi dan siap!!



Bahan B (untuk goreng ayam)

1. Ayam 3-4 ketul
2. Cili kering 2 sudu
3. Kicap 2
4. Madu 2 sudu
5. Bawang sebiji
6. Minyak untuk menggoreng
7. Garam dan serbuk perasa

Cara Membuat Ayam Goreng:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak.
2. Gaul rata (nak lagi sedap perap semalaman)
3. Goreng dengan minyak panas
4. Dah siap boleh hiris dan susun atas timun dan salad
5. Kemudian letakkan sos di atas nya

Tada!!! Siap sudah. Selamat mencuba. 





*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.


Untuk konsultasi, pendaftaran ahli JRM @ Shaklee secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan mengenai produk:

Whatsapp: www.wasap.my/60132453182





No comments:

Powered by Blogger.