EEQA KITCHEN: Resepi Ayam Masak Merah Mudah, Simple, Sedap Nyum

Hai semua. Selepas 2 tahun Kak Eeqa menyepi daripada dunia blogging, untuk pertama kalinya bagi tahun 2018 ni Kak Eeqa start menulis balik. Awwwww. Kerinduan teramat tidak terhingga di situ. Bukan apa apabila kita menulis ni rasa release tension sikit kepala. Best kot, tulis je apa Kak Eeqa suka kan. Lepas korang baca
jangan lupa tinggalkan komen kat bawah ya. Bagi Kak Eeqa semangat sikit nak menulis lepas ni bila Kak Eeqa tau ada yang sentiasa support Kak Eeqa. Gitu....

Ok ni resepi yang biasa Kak Eeqa masak di kala kerinduan nak makan Ayam Masak Merah simple dimple. Kak Eeqa sejenis yang tak suka ayam masak merah yang banyak rempah, banyak bahan nak menaruk, so yang pasti resepi simple macam ni menjadi pilihan di hati. hihi

Ok kita mula dengan bahan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

Ayam seekor ke 5, 6 ketul ke
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk Maggi Cukup rasa

Bahan B:

Bawang besar 1-2 biji (ikut berapa banyak ayam yang anda guna, blender)
Cili kering (rebus dan blender sampai lumat)
Sos Cili
Bawang hiris
Gula
Garam
Serbuk Maggi cukup rasa

Cara-cara:

1. Basuh dan toskan ayam
2. Gaul 6 ketul ayam tadi dengan serbuk kunyit, garam, serbuk Maggi cukup rasa (semua bahan A)
3. Goreng ayam tadi sehingga kekuningan, jangan garing sangat.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Mula tumis bahan B dengan panaskan minyak terlebih dahulu
5. Blender dulu bawang besar sebiji.
6. Kemudian tumiskan bawang tadi sehingga naik bau.
7. Selepas dah agak garing dan naik bau, masukkan cili kering tadi dalam 2 senduk macam tu. Cili ni pastikan masak betul kalau tak nanti tak sedap dan sakit perut. 
(*Tips nak pastikan cili benar2 masak bila dah pecah minyak dan apabila dapur korang dah merecik cili 1 dapur, hihi)
(*Tips nak bagi nampak merah cili korang, masukkan gula 1-2 senduk selepas korang masukkan cili kering tadi, tips Mak saya Cikgu Latifah)
8. Lepas cili dah betul2 masak baru masukkan sos cili dalam 2 sudu ke ikutlah kesesuaian.
9. Masukkan perasa seperti garam dan Serbuk Maggi Cukup Rasa
10. Lepas semua dan balance sedap marveles barulah korang masukkan ayam yang korang dah goreng tadi. Alahai meleleh air liur ceq sambil menaip ni. haha
(*Tips keep on rasa, make sure masam, masin, manisnya balance)
11. Optional: masukkan bawang yang dihiris2 macam dalam gambar Kak Eeqa tu lepas masukkan ayam tadi atau taburkan je kat atas dia. 

Dan siap!! Ha korang cubalah. Dah cuba nanti komen kat Kak Eeqa ya bagitau sedap ke idok. Bagi Kak Eeqa resepi begini sudah memastikan hidupku riang gumbira. hihi. Ok bye semua. 





*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.


Untuk konsultasi, pendaftaran ahli JRM @ Shaklee secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan mengenai produk:

Whatsapp: www.wasap.my/60132453182


2 comments:

  1. Muhun hantar seketul dua sini lain kalikalau masak. Sis rasa nak makan hat orang masak ja pulak. Tihihi! I support u. Go bebeh go!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.