EEQA JAMU: Langkah-langkah untuk Mengurangkan Pengaruh Hormon Estrogen pada Wanita Dan Akibat Jika Hormon Estrogen Berlebihan



Kegemukan & Obesiti Punca Hormon Tidak Seimbang



Sedarlah wanita di luar sana. Masalah kegemukan merupakan salah satu punca hormon Estrogen anda meningkat dan boleh mengundang
pelbagai masalah kesihatan wanita.

Ini juga punca anda boleh menghidap menyakit berbahaya seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara. 




Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal.

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui.


Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut


Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan, fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2.


Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.


Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.


Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.


Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.


Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.


Langkah-langkah Mengawal Estrogen


1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.


3. Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.


Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.


Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.


Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada Beberapa Jenis Makanan yang Bertindak Mengawal Tahap Estrogen


4. Buah delima/ promegranate

Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.


Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.



5. Sayur- sayuran

Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.



6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)

Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan

Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.


8. Biji anggur (grapeseed)

Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.


9.Chia Seed

Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.


10. Oats

Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.


11. Buah – buahan citrus

Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen.

Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang

Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.


13. Kunyit

Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron


14. Algae ( spirulina/ chlorella)

Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.


15. Makanan – makanan fermented

Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen


16.Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen


17. Bawang Putih

Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.


18. Daun Kuchai

Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.


19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)

Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen


Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut."



Apa Akibatnya Jika Seseorang Mengalami Hormon Estrogen Berlebihan?

Meskipun hormon estrogen memiliki banyak manfaat bagi wanita, namun dalam beberapa akibat jika seseorang memiliki kelebihan hormon estrogen tentu akan menjadi hal yang buruk dan memberi kesan kepada kesihatannya.


Misalnya meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, gangguan PMS, dan munculnya kanser di organ pembiakan. Berikut ini beberapa kesan sampingan jika anda memiliki hormon estrogen berlebihan yang perlu anda waspada!!


1. Kenaikan berat badan

Kenaikan berat badan adalah salah satu kesan jika kadar estrogen tinggi. Kerana jika kadar estrogen yang tinggi boleb meningkatkan peningkatan nafsu makan pada wanita. Hal ini akan menyebabkan kenaikan berat badan.

Seseorang yang memiliki estrogen tinggi cenderung akan “mengumpul” berat badan di bahagian pinggul dan bahagian tengah tubuh seperti perut.


2. Gairah seks rendah

Keinginan seks wanita akan dipengaruhi oleh kadar estrogen yang tinggi. Jika seseorang memiliki hormon estrogen yang berlebihan akan menyebabkan kegairahan seksualnya rendah akibat penurunan kepekaan dinding vagina terhadap rangsangan.

Hormon estrogen yang berlebihan ini juga boleh menyekat kemampuan wanita untuk mencapai orgasme sehingga menjadikan seks bersama suami kurang menyenangkan.


3. Penumpukan cairan dalam tubuh

Kelebihan hormon estrogen juga akan membuatkan tubuh menyimpan lebih banyak air dan garam di dalam tubuh. Cairan yang berlebihan ini umumnya terjadi di bahagian perut, rongga dada, payudara, dan punggung yang akan membuat bahagian tersebut tampak lebih bergelambir.

4. Kanser payudara

Kanser payudara adalah kesan daripada kadar estrogen yang tinggi. BreastCancer.org melaporkan bahwa peningkatan estrogen dikaitan dengan peningkatan risiko kanser payudara.

Selain itu, hormon estrogen yang tinggi juga berperanan dalam perubahan payudara fibrokistik yang menyebabkan penebalan payudara disertai dengan rasa sakit dan ketegangan.


5. Endometriosis

Memiliki hormon estrogen yang tinggi boleh menyebabkan timbulnya endometriosis. Endometriosis adalah penyakit di sistem pembiakan wanita di mana tempat yang sepatutnya melapisi rahim anda telah tumbuh di luar rahim, seperti pada tiub fallopio anda. Endometriosis umumnya menyerang wanita pada usia produktif.

6. Masalah tiroid

Tiroid yang tidak berfungsi kemungkinan disebabkan akibat tingginya kadar estrogen. Ini disebabkan oleh kadar estrogen yang tinggi boleh menyebabkan penghasilan globulin pengikatan tiroid yang berlebihan di dalam hati.

Globulin ini bekerja untuk mengikat hormon tiroid dalam darah sehingga tidak boleh masuk ke dalam sel. Hal ini akan menurunkan jumlah hormon tiroid yang sedia ada untuk sel, yang membolehkan hormon tiroid untuk memetabolisme tubuh badan, membakar lemak dan gula.

Akibatnya sel mengalami penurunan tindak balas kimia, dan mengakibatkan tubuh kekurangan tenaga sehingga cepat penat.




*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.


Untuk konsultasi, pendaftaran ahli JRM @ Shaklee secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan mengenai produk:

Whatsapp: www.wasap.my/60132453182



No comments:

Powered by Blogger.