PETUA: Anda Nak Tahu Tak Petua Hilangkan Jerawat di Muka dan Badan?


Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.



Siapa ada masalah jerawat di muka dan badan? Pasti anda tidak selesa dengan jerawat yang tumbuh setiap kali anda bangun dari tidur bukan? Jerawat bukan sahaja merimaskan tetapi menyebabkan anda mempunyai confident level menghadapi masyarakat yang
rendah.

Mood melayan jerawat minggu ni sebab tekanan kelas melanda dan tengah period. Eeqa dihujani jerawat. Alkisah teruslah Eeqa mencari punca dan cara mengatasi jerawat yang penuh keluar di wajahku dan share dengan anda semua. 



PUNCA JERAWAT


1. Perubahan hormon




Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan, iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.

Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.


2. Tekanan (Stress) 

stress

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup

2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur

3. Jadual seharian yang sangat ketat

4. Merokok, pengambilan dadah


Tekanan emosi

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan

2.Buli

3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih

4.Kerja /study yang banyak

3. Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang, ketam, sotong, kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak spt santan, dairy products spt susu lembu, coklat.

4. Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5. Faktor Genetik

genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6. Alergik atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8. Persekitaran & Pencemaran

pencemaran udara

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar, kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9. Jangkitan pada Kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10. Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

KEDUDUKAN JERAWAT

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

1. Dahi

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

2. Hidung

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

3. Dagu

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

4. Pipi Kiri

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

5. Pipi Kanan

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

6. Pada Badan (Belakang & Depan)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

CARA MENGATASI

Beberapa research Eeqa dah buat mengenai petua hilangkan jerawat di muka dan badan ni. Chewahhhhh. Research la sangat. Ok ada beberapa cara nak hilangkan jerawat di muka dan badan ni. Sila ikut dengan sabar dan jangan give up ye semua. Jerawat memang memupuk sifat sabar. haha.


1. Sapu Mycin ni 2x sehari. Kalau habis beli cepat-cepat. Nak beli dengan Eeqa pun boleh. hihi

2. Minum air banyak setiap hari dengan consistent. 8 gelas air sehari.

3. Jadilah penggemar buah-buahan.

4. Amalkan pengambilan Vitamin C Shaklee.



- sebotol hanya RM92 NETT!
- ada 180 biji
- tahan sehingga 6 BULAN

6. Jaga tangan anda. Jangan usik dan mencubit jerawat  anda. nO. nO. nO.

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

Untuk konsultasi, pendaftaran ahli secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan:

EEQA

1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pendaftaran akan menerima FREE GIFT. Bilangan FREE GIFT adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

1 comment:

Powered by Blogger.