MOTIVASI: Kisah Orang Berjaya - Datuk Arif

8:00 AM



Kisah orang berjaya yang ingin Eeqa kongsikan pada hari ini ialah kisah seorang Datuk. Kali pertama jumpa nampak sangat humble. Tak tau pula dia seorang Datuk. Dia sangat memerlukan bantuan Eeqa untuk mendidik anak2nya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan PT3 memandangkan dia merupakan ayah tunggal. (Betul ke frasa ni?)


Selang 2 hari Eeqa pasti akan ke rumah tersebut. Macam2 perkara Eeqa tempuh. Banyak korek rahsia tentang kejayaan ayah mereka daripada anak-anaknya. Beliau merupakan seorang yang bukan daripada permulaan yang senang. Walaupun daripada keturunan Pakistan-Hindustan, dan daripada keluarga yang senang serta mempunyai adik beradik yang berjaya tetapi beliau masih inginkan kejayaan sendiri.

Masa susah dulu 'papa' mereka sering berniaga di pasar malam. Jual macam-macam. Nak berjaya memang kena alami keperitan seperti tersebut. Bila kita dah rasa betapa susah nak cari duit, kita akan cepat belajar dan akan menghargai duit dan setiap kejayaan yang mendatang.


Walaupun beliau sering dihina dan dikeji ahli keluarga sendiri, tetapi beliau tetap gigih meneruskan cita-cita beliau. Sifatnya yang paling dikagumi adalah humble dan rajin berusaha. Setiap hari beliau akan ke pejabat lebih awal daripada pekerja-pekerjanya dan balik lewat sehingga bekerja lewat malam.


Tetapi anak-anak masih tidak terabai. Mereka sering menjadi pemantauan beliau. Setiap beberapa jam call. Cari cikgu untuk setiap subjek anak-anaknya. Walaupun sibuk tetapi beliau masih bertanggungjawab dan tidak mengabaikan anak-anaknya kerana "anak-anaknya merupakan kehidupannya". <Irfan-Kolej, Amysha-PT3, Asif-UPSR, Adam-5 tahun>


Orang-orang berjaya macam ni yang kita kena follow. Eeqa pun masih ada banyak cita-cita yang belum tercapai. Apa-apa pun nak berjaya kena balik pada diri sendiri. Sudah bersediakah kita untuk berjaya? Jom follow The Best.


Lepas ni Eeqa kongsikan kisah seorang Pembekal Little Tree yang pertama di Malaysia iaitu En Fazli (bapa kepada student Eeqa).

With Love,
Eeqa

7 comments:

  1. Replies
    1. Sila2. Serius Datuk tu so humble. Kalau anak dia tak bagitau tak tau dia seorang Datuk. Huhu

      Delete
  2. Bukan senang nak senang, bukan susah pon nak susah.. inspired

    EEQA..jemput join GA ni yer

    http://juraidahrahman.blogspot.com/2015/09/shawl-giveaway-by-melodi-cinta-kita.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada cara mudah nak senang. Kita pun gigih berusaha setiap hari. Hihi

      Delete
  3. Banyak Spekulasi Anda Dengar Mengenai Keburukan PROTEIN: PROTEIN

    ReplyDelete
  4. Orang yang berjaya ada banyak fasa naik dan turunnya.. Kena banyak sabar.. Tersungkur berkali2 pon kena gagah berdiri & terus langkah ke depan.. Ku pon ingin begitu.. Jom sama2 teguhkan diri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom. abaikan biawak & orang keliling

      Delete

Powered by Blogger.