Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

2:40 PM

Assalamualaikum semua.

Lama tak bersiaran di sini. Eeqa datang buat come back untuk semua. Al maklumlah, Eeqa baru sahaja keluarkan produk baru. Rebranding katanya. Apabila nak keluarkan produk baru, ada 5P yang kita kena buat dan siapkan sebelum produk release.


1. Product
2. Price
3. Place
4. Promotion
5. People

Kalau nak tahu lebih terperinci boleh direct PM Eeqa ye. Tak dan nak cerita sini. Dan apabila produk dah siap, wajib kena tangkap gambar cecantik untuk pastikan pelanggan puas hati dan tertarik dengan produk kita. Tu Eeqa minta tolong kawan baik Jue Rahman ambilkan gambar. Kalau Eeqa ambil sendiri esok pun tak siap. hihi.

Berikut beberapa tips yang Eeqa dapat dan nampak apa Jue buat daripada pemerhatian Eeqa. 

1. Pencahayaan

Masa ambil gambar tadi, kami gunakan cahaya semulajadi. Nak gambar cantik kena ambil di luar rumah katanya sebab perlukan cukup pencahayaan. Cahaya yang cukup mempengaruhi mood sesuatu foto. Pencahayaan yang 'flat' adalah membosankan. haha. 

Selama ni Eeqa ambil gambar ikut dan je. Patut kurang CUNN!

Sesi Photoshoot harini 3 Ogos 2015 9am kat luar rumah.

2. Komposisi

Beza orang ambil gambar juga terletak pada komposisi. Selalu Eeqa ambil gambar tak fikir, ambil kamera dan snap. Tapi masa tengok Jue ambil gambar dia susun bukan main lagi komposisi bunga, produk, lilin dan lain-lain. Jurugambar kena fikir mana nak letak subjek dan ikut peraturan mana. Analisis sebelum snap.

Cara terbaik nak belajar cara komposisi ni adalah dengan melihat contoh gambar di internet. Contoh macam Jue tadi dia dah tengok instagram seorang yang dia minat dan tiru gambar-gambar tersebut.

3. Siapa Hero?

Maksudnya di sini, pilih subjek anda betul-betul. Subjek kena ada 1 je tak boleh banyak-banyak nanti tak cantik. Hero akan jadi watak utama yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Haaaa.. temgok filem-filem di luar sana, ada ke 2 ke 3 hero dalam 1 cerita?

Siapa 'hero' dalam cerita ni?

4. Pelbagai Sudut

Ni lagi satu yang penting. Cuba ubah sudut kamera. Orang biasa ambil gamabr ikut aras mata. Tapi kalau nak dapatkan gambar yang lebih kreatif, cuba ubah aras tanah, aras pinggang, aras dada dan aras atas. Try je, dan carilah kelainan. Sure cantik kebabom..


Itu sahaja tips yang Eeqa nampak dari pemerhatian masa Jue ambil gambar tadi. Semoga sedikit tips ni beri manfaat pada semua. Nak gambar cantik tak semestinya kena pakai hp canggih-canggih. Jue pun pakai kamera hp je. Yang penting teknik, nak lagi mahir, biasa-biasakanlah ambil gambar dan belajar daripada pakar. Lama-lama mahirlah tu. Kalau nak Eeqa jadi model pun boleh. Eeqa suka bergambar ni. hihi. jokes~

Sekian, Terima kasih

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

Untuk konsultasi, pendaftaran ahli secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan:

EEQA

1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pendaftaran akan menerima FREE GIFT. Bilangan FREE GIFT adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

4 comments:

Powered by Blogger.