EEQA LIFE: Throwback Hari Raya Aidilfitri 2015 Emerald Green

11:50 AM


Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.

Pagi ni dok kemas-kemas album dalam gallery phone, ternampaklah gambar-gambar masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Kira throwback a.k.a mengimbau kenangan 1 Syawal sampai ke 22 Syawal hari ni. Ececeh. Macam dah lama sangat je berlalu.
Tahun ni kami semua berlapan beraya di Kajang, Selangor sebab
abah kerja di RTM. Terpaksalah sacrifice. Lagipun ni last year abah kerja di RTM. Bagilah can. Tahun depan beraya la puas-puas di Batu Pahat, Johor.


Bersama keluarga di pagi raya. 


Bersama kakak dan adik-adik Eeqa


Bersama mak dan adik Eeqa


Bersama mak tersayang


Anak buah tersayang, Sarah Irsalina

Juadah wajib kami di pagi raya: Ketupat, rendang, ayam masak merah, sambal kacang dan sambal goreng

Pagi raya kami berphotoshoot sendiri je kat rumah. Hihi. Macam-macam gaya ada. Pagi berphotoshoot sambung ke tengah hari lepas abah balik dari tempat kerja. Lepas tu ke studio ambil gambar kenangan dengan baju Emerald Green CUNN! ni. Bila semua berbaju hijau Emerald memang nampak cantik sangat-sangat.

Petang kami melawat kubur di Kampung Cheras Baru dan ke IJN melawat mak abang ipar yang baru lepas operation by pass. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Malam tu kami pusing-pusing KL melihat kemeriahan Hari Raya di KL. Ternyata jem juga kat KL nun walau 1 Syawal. Ramai mat bangla dan indon jalan-jalan kat sana. Then kami ke KLCC lagilah penuh baq hangg. Ingat kosong je KLCC tu 1 Syawal. Hihi.

Raya ke-2 still beraya di Kajang. Makcik daripada Batu Pahat ada singgah ke rumah kami petang tu. Yang bestnye haritu Eeqa dah rindu sambal tempoyak ikan bilis dan tu juga pertama kali buat. Semua suka dan kata sedap. Habis semangkuk, makcik siap tapau semangkuk. Hihi. [Click Sini] untuk lihat Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis.

Raya ketiga kami raya depan TV & raya keempat dan kelima baru balik Batu Pahat dan Kluang beraya. Walau tak ramai yang ada di kampung, tapi dapat juga menziarahi nenek & atuk sedara yang masih hidup di kampung.

Raya keenam hingga keempat belas semua sibuk memulakan tugas masing-masing. Eeqa pun dah mula sibuk dengan kelas di Subang dan Kajang. Raya kelima belas baru kami mula beraya semula. Kat Kajang dan KL ni tiba minggu ketiga dan keempat raya baru semua pakat buat open house. Masa tu lah raya menjelang semula. Haha.

Raya kelima belas raya ke rumah Mak Uda di Kajang juga. Raya ketujuh belas baru mak buat makan-makan untuk kawan-kawan dan keluarga terdekat. Eeqa jemput dalam 3 keluarga je. Lepas tu, Eeqa lari pergi kelas Kak Cery di Faizworld Training Centre (FTC), ke rumah Mak Yang Zalmin Zakaria dan malam ke rumah Nur Syahirah. Happy makan2 walau penat berjalan seharian.


Destinasi 1: Rumah Eeqa

Mieza dan Mariani bertandang ke rumah Eeqa

Thanx uolls datang rumah Eeqa; bersama Amy Nursafura kawan 10 tahun

Makcik dan kawan-kawan bertandang ke rumah Eeqa


Mak bersama kawannya, Cikgu Misnah

Destinasi 2: Faizworld Training Centre, Bangi

Eeqa, Mariani, Nur Syahirah, Mieza

Bersama Team Besar Jutawan: PM Cery dan Master Salwa
Bersama Team Eeqa; Team Teguh Jutawan Group (TJG): Mariani, PM Cery, Eeqa, Mieza, Hidayah, Nur Syahirah


Destinasi 3: Rumah Mak Yang Zalmin Zakaria

Pose masa odw ke rumah Mak Yang

Team Offline (Gojes Kebabom); Nur Syahirah, Mariani, Mieza, Eeqa, Mak Yang
Mak Yang jamu chapati dan kari ayam super sedap. Tak lupa juga ada nasi impit dan kuah kacang
Pantang nampak kamera, tetap pose walau tengah makan

Destinasi 4: Rumah Nur Syahirah

Muka masing-masing dah kepenatan. hihi. peace

Alhamdulillah dapat masuk rumah. Terima kasih sudi terima kami sebagai tetamu


Bersama tuan rumah, Nur Syahirah


Tuan rumah pun dah penat, jom kita balik. hihi. 

Harini dah 22 Syawal. Esok banyak lagi open house nak terjah. Kena siap-siapkan herblax dan lecithin dalam simpanan. Kalau tak gemuk momok la nanti. 

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

Untuk konsultasi, pendaftaran ahli secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan:

EEQA

1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pendaftaran akan menerima FREE GIFT. Bilangan FREE GIFT adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

5 comments:

  1. tiap-tiap tahun ada tema ea, eeqa? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Nusana Nosa. Tahun lepas warna biru. Tahun ni Emerald Green. Tak habis raya lagi dah fikir tema tahun 2016. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Pykaa Pdott. Selamat berkenalan

      Delete
  3. Baru baca weyh entri ni.. Hahaha! Entri raya ku tertunggak sampai dah habis raya.. Buleh?? ^_^"

    ReplyDelete

Powered by Blogger.