EEQA LIFE: Sehari SALES RM1800!!



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi. Rezeki daripada Allah tidak kira masa dan ketika. 

Semalam sepatutnya saya ada kelas (HOMETUITION) di Subang. Tapi sebab makcik balik kampung, ada emergency dan anak sedara
tiada orang jaga, terpaksa ambil Emergency Leave.


Bajet kerja dengan orang la kan. Haha. Kerja sendiri je pun. Tu lah bestnya kerja sendiri. Eeqalah bos, Eeqa la kuli, Eeqa la kerani, akauntan, driver dan lain-lain. (CLICK SINI) untuk lihat Cara Jana Pendapatan Dari Rumah dengan Shaklee dan Cara Daftar Ahli.

Disebabkan ramai yang dah order Shaklee, terpaksa Eeqa gagahi ke HQ Shaklee di Pinnacle, Sunway bersama 2 orang budak kecil (Sarah & Sasha) semalam. Sorang pegang tangan kiri, sorang pegang tangan kanan Cik Ika. Debar2 rasa bila sorang lari.

Masa nak gerak naik kereta atok cakap, "nanti makan ais krim ye dengan Cik Ika". Sekali sampai stesyen minyak, Sarah cakap nak ais krim. Cik Ika kata tak payahlah. Sarah jawab, "kan atok kata nak makan ais krim minta Cik Ika". Errrrrr. Kanak-kanak sangat lurus dan mengikut telunjuk orang tua. Kannnn. Pap kena sebijik.

Masa odw ke HQ nak beli Shaklee, Sarah & Sasha lari2 ke depan ke belakang. Cik Ika geram sungguh, suruh mereka tidur.
Cik Ika kata "Siapa tak tidur Cik Ika tinggalkan tepi jalan". Serius garangnye Cik Ika. Wakakaka.
Sekali kakak jawab, "Janganlah tinggalkan adik tepi jalan. Adik kawan kakak". Hihi..

Dulu bukan main bergaduh dua orang ni. Pantang rapat. Sekarang dah jadi kawan baik. Hihi. Bagus2. Tak nak gaduh2 dah ye.
Dalam HQ tu elok main 2 orang memandangkan HQ tiada orang. Ini playground kita yang punya. Memang buat macam playground sendiri. hihi. Memang best datang HQ Shaklee. Bukan selalu boleh bawa mereka ke sini. Kalau Cik Ika free je boleh bawa. Lama tak bawa jalan2 tu bawa juga semalam.

Dan semalam ada seorang parent bawa seorang anak kecil. Isteri beli barang, suami tolong tolak stroller. Anak dia dah lari-lari dalam HQ tu. Sekali anak dia nampak playgrund tadi. Teruslah anak itu berlari ke playground. Ayahnya pun turut teruja ke playground tersebut. Dia siap tanya boleh main ke? Silalah bang. Main sampai lebam. haha.

Syurga idaman semua kanak-kanak. Sarah 4 tahun bulan September ni.

Kakak Sarah sakan posing. Adik Sasha mana?

Masa buat kerja tulis form dan order customer dan anak-anak Teguh Jutawan Group (TJG) pun Eeqa buat dalam playground tu sebab tiada orang nak jaga mereka bermain. Sambil kerja sambil tengok anak-anak sedara membesar depan mata. Kalau anak sendiri lebih molek kan?

Impian dan cita-cita buat Shaklee ni sebenarnya nak duduk rumah dan jaga anak-anak sendiri je lepas kahwin. Sebab tu Eeqa fokus buat Shaklee sekarang sebab lepas kahwin tinggal follow up bisnes sekarang je. Bak kata mentor Eeqa, "Masa tak kahwin ni kena buat sales sekian2, kalau dah kahwin nanti jangan mimpi nak buat sales banyak tu". Sentap mak kan.

Tapi betul lah tu. Sekarang jaga anak sedara pun dah penat rasa. Anak sendiri lagilah kena bagi masa 24jam. Nak update blog pun tak sempat hagaknya. Kang keluarlah 1001 alasan. Habislah mentor keluar kapak, parang, pinggan, mangkuk, periuk, belanga nak katokkkkkkk.

Ok topik apa sebenarnya ye? Haha. Baru sedor diri. For the last, lepas isi semua form, kira total dan tadaaaaaaaaa TOTAL ABOUT RM1823.40. Hebat kau nyah. Semua produk bertuan dan tiada stok sendiri. Impress. Tu kelebihan beli Shaklee dengan Eeqa. Setiap Selasa dan Khamis Eeqa akan ke HQ. Contoh Selasa beli, Rabu Eeqa akan pos semua barang. Khamis sampai kepada customer. Cepat, Pantas, Tuntas! Khas buat customer dari Teguh Jutawan Group (TJG).

Lepas dah siap beli barang, bayar, Sarah pun dah bising2 ajak Cik Ika balik. So, apa lagi. Jom kita balik. Masa dalam kereta dua2 terus tidur kepenatan lepas lari ulang alik dalam HQ. Dari dalam HQ pun dyorang leh nampak Sunway Lagoon dari situ. Terus ajak Cik Ika swimming. Ho nooooooooooo. Jom balik!

*Nota: Siapa kata Shaklee ni macam2? Ramai juga yang sayang produk Shaklee ni. Alhamdulillah masih ramai yang percaya pada produk Shaklee. Dalam gambar separuh daripada produk semalam. Lagi separuh Shaklee tolong pos kan. Pssssst. Dengar cerita orang kata bila dah mula makan Shaklee akan melekat sehingga 7 tahun. Betul ke?


Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.


Untuk konsultasi, pendaftaran ahli secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan:

EEQA

1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pendaftaran akan menerima FREE GIFT. Bilangan FREE GIFT adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

3 comments:

  1. Jana Pendapatan Dari Rumah 2 ke 3k sebulan: INVOME 2-3k SEBULAN

    ReplyDelete
  2. wah alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH, semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki , amin ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. tq Nur Cahaya. Semoga dimurahkan rezeki juga. Berminat nak apa2 produk Shaklee Eeqa boleh bagi diskaun ye. Hihi

      Delete

Powered by Blogger.