EEQA LIFE: Jalan-jalan Nilai 3

3 dara pingitan. hihi

Assalamualaikum  wbt  semua.
Ni kisah masa 1hb Ogos lepas. Masing-masing berlumba-lumba nak siapkan rebranding produk masing-masing. Idea banyak, nak finalise kan memang cukup susah. Kena bergabung idea baru boleh.


Lastly kami decide ke Nilai 3 untuk cari bahan untuk packaging. Dari ke kotak, plastik, bunga, sticker dll semua ada dalam plan. Tinggalkan nak keluarkan idea tu  je. Nasib ada Jue banyak membantu memfinalisekan idea2 ku. Kalau tak haruuuuuu..
Kat Nilai 3 ni memang best. Masa tu kami pergi 3 kedai je pun. Pun dah tak larat. Bawa pula 3 budak kecil; Qayra, Sarah, Sasha. Tiga2 tak pernah jumpa kawan. Bila ada kawan apa lagi lari sana sini la gamaknya. Cik Ika nya yang risau sungguh.

Bunga-bunga CUNN! dari kedai pertama

Ni di kedai pertama. Banyak jenis bunga, bahan-bahan hantaran, kotak di sini. Yang 3 orang budak kecil tadi pantang nampak bunga, tiga2 nak pegang bunga. Nampak kotak cantik tiga2 nak pegang juga. Agaknya ada 3 orang nanti macam ni la harunya kan. Pengsan Mama gini. Hihi.

Setiap kedai yang kami pergi tak semua jual benda sama. Bunga2 cantik macam ni kami beli di kedai pertama. Paling senang nak cari. Boleh nampak dari tepi jalan. Kedai ni banyak design hantaran yang cantik2. Rambang mata.

Qayra, Sarah, Sasha sempat posing depan kedai pertama.

Kedai kedua pula banyak paper bag CUNN!-CUNN!. Paper bag dia memang unik tapi kami tak beli, masih mencari apa yang nak digunakan. Kedai ketiga barulah jumpa apa yang berkenan di hati. Kami pilih kotak lutsinar yang boleh nampak barang dari luar.
Lepas tu kami decorate sendiri bubuh sticker dan reben. Mudah sangat2. Cuma nak cari barang cantik2 tu jenuh dik nonnnnn. Dan kat kedai ni juga ada jual alas bulu untuk buat Photoshoot. Tu yang nampak gamabr super CUNN! sebab ada bulu ni la. Kalau tak dull sungguh la.

Tengok Sasha pegang apa tu? Produk CUNN! in making.


Pandai Sahsa nak bagi derma.

Maka last sekali terhasillah CUNN! Semua decoration adalah hak milik Teguh Jutawan Group (TJG). Dilarang sama sekali meniru. Chewahhh. Limited Edition katanya. Dan setiap pembelian barangan CUNN! akan terima FREE GIFT berupa cermin ajaib dan anda juga akan dapat FREE POSTAGE. [Click sini ] untuk mengetahui details produk CUNN!

Produk CUNN! dari TJG. nak jadikan barang hantaran pun boleh kannnnn.

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

Untuk konsultasi, pendaftaran ahli secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan:

EEQA

1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pendaftaran akan menerima FREE GIFT. Bilangan FREE GIFT adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

2 comments:

  1. kalau pergi nilai 3, memang rambang mata.. penat duk pilih sebabbanyak pilihan yang cantik-cantik.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Ni pun Eeqa ikut kawwan. Dia yang pilih kedai. Mana dia berhenti turun je. Kalau tak berejam pulak nak pilih kedai kan. hihi

      Delete

Powered by Blogger.