EEQA KITCHEN: Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Super Sedap

10:07 AM

Rasanya belum habis lagi musim durian sebab tengok kiri kanan jalan ada lagi yang menjual durian. Walaupun ramai dah bertukar kepada menjual rambutan, almaklum rambutan semua dah merah2
di atas pokok. (Betul ke bahasa ni)

Ok, bagi yang ada durian yang lebih2 @ tak larat nak makan tu, keluarkan semua durian dan masukkan isinya dalam sebuah tupperware. (buang biji ye). Tabur garam, biarkan selama 3 hari di luar. Lepas 3 hari jadilah tempoyak. Nak bagi lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk lepas 3 hari tadi. 

Ok, nak cerita bahan2 dan cara buat sambal tempoyak ikan bilis yang mudah dan sangat sedap. Baru try buat semangkuk, dah ada yg request suruh buat lagi sebab tersangatlah sedap. 

Bahan-bahan:

Ikan bilis digoreng separa masak (jangan garing sangat)
Suku bawang besar ditumbuk
15 biji cili padi ditumbuk
1 setengah sudu tempoyak ditumbuk sekali
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk ikan bilis
Gula @ stevia 2 titis

Cara-cara membuatnya:

1. Goreng ikan bilis, asingkan. 
2. Tumbuk bawang besar, cili padi dan tempoyak (jangan blender, tumbuk lebih sedap)
3. Panaskan kuali. 
4. Masukkan air dan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan serbuk kunyit sedikit untuk warna kuning.
6. Tambahkan garam, serbuk ikan bilis dan 2 titik stevia.
7. Dah agak pekat, masukkan ikan bilis. 
8. Angkat dan boleh dihidang
9. Kalau ada petai boleh masukkan sekali, lebih sedap dan lazat. Serius.

*Nota: feel free to like n share. Sebelum ni makcik request buat, 1 hari je habis 1 bekas. 


Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

Untuk konsultasi, pendaftaran ahli secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan:

EEQA

1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pendaftaran akan menerima FREE GIFT. Bilangan FREE GIFT adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

No comments:

Powered by Blogger.