#EPISOD 5: Kurangkan Berat Badan Di Rumah Tanpa Perlu ke Gym



Assalamualaikum semua. Semalam kami baru lepas berpicnic. Penat tapi memang seronok. Harini dalam Group Slim & Fit Centre ramai yang bertanya mengenai senaman. Haaa. Berderet soalannya. Pelbagai ragam dalam group tu. Senyum-senyum saya baca sorang-sorang. Semua takut Eeqa diam dalam group, tu yang bagi soalan macam-macam tu kan.



"Naik turun tangga dikira senaman ke?"


"Kalau mop lantai dikira senaman tak? Berpeluh juga."

"Saya tak sempat la nak bersenam."

"Tumbuk cili senaman tak?"

Semua dikira senaman jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dalam masa yang ditetapkan. Eeqa suka suruh ahli dalam group tu aktif-aktifkan diri mereka dan tidak perlu peralatan senaman canggih untuk senaman.

Eeqa bawakan beberapa aktiviti beserta jumlah kalori yang dapat dibakar dalam melakukan aktiviti tersebut. Pakar pemakanan ada menyebut bahawa kita perlu perhatikan perbezaan dalam pengambilan dan pembakaran kalori, biasanya antara 500-700 kalori. Jika kita mengambil 1,500 kalori, anda perlu membakar antara 2000-2200 untuk mengurangkan berat badan.

Bangun dan bergerak


Berjalan sebenarnya merupakan senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Berjalanlah sambil menolak bayi anda dalam stroller di sekitar kawasan perumahan atau di taman-taman. Jika anda menolak stroller sejauh 1.5 – 3.5km dalam masa 30 minit, anda membakar 150 kcal. Jumlah sama dibakar jika anda bergerak turun naik tangga rumah anda selama 15 minit. Turun naik tangga juga merupakan satu senaman kardiovaskular, sama seperti anda menggunakan stepper di gym. 30 minit turun naik tangga membakar 285 – 300 kcal, sama seperti 19.5 minit anda melakukan lompat tali.

Susukan bayi anda



Menyusukan bayi sebenarnya memerlukan 500 kalori sehari, tetapi memandangkan penyusuan bayi membakar sejumlah 600 hingga 800 kalori sehari, walaupun anda hanya duduk dengan selesa sambil menyusukan, anda masih boleh mengurangkan berat badan. Sesetengah wanita berjaya menghilangkan berat badan tambahan hanya dengan menyusukan bayi.

Seperkara yang perlu diingatkan, sekiranya tidak lagi menyusukan atau bayi mula mengambil makanan tambahan, keperluan kalori semasa menyusu akan menurun dan ini perlu distabilkan dengan perancangan pengambilan makanan dan rutin senaman lain.

Mengurus Rumah

Mengemas dan membersihkan bukan sahaja dapat membantu menguruskan rumah tetapi juga menawarkan kepuasan mental. Berikut adalah beberapa kerja rumah dan jumlah kalori yang mampu dibakar dalam masa 30 minit yang telah dibuktikan:

Mencuci pinggan



Jika anda mencuci pinggan dengan tangan, anda membakar 160 kcal, berbanding 105 kcal mengisi mesin mencuci pinggan. Jumlah ini sama seperti melakukan regangan ringan selama 30 minit.

Membersih tingkap
Bergantung kepada keluasan tingkap dan jenis tingkap, anda dapat membakar 125 kcal setiap sesi. Jika anda menggunakan baldi, letakkannya jauh sedikit daripada anda supaya anda perlu berjalan mendapatkannya. Jumlah ini sama seperti anda melakukan 20 minit power yoga.

Membersih habuk sekitar rumah

Anda dapat membakar sejumlah 50 kcal, sama seperti melakukan 10 minit tarian salsa. Aktiviti ini bermanfaat sama seperti anda melakukan regangan otot-otot terutama jika anda perlu mencapai tempat tinggi.


Menggosok baju



Aktiviti ini dapat membentuk otot pada bahagian tangan dan bahagian atas badan. Anda membakar 70 kcal, sama seperti anda lakukan 11 minit aerobik. Pastikan anda berdiri tegak dan cuba untuk sentiasa bertukar tangan.



Memasak




Aktiviti ketika memasak seperti memotong bahan, membasuh dan mengangkat pinggan mangkuk dapat membakar kalori sebanyak 80 kcal, sama seperti anda bermain tenis selama 9 minit.

Mengemas barang-barang dapur



Mengemas barang-barang dapur yang baru dibeli atau yang sedia ada dapat membakar sejumlah 110 kcal. Ini sama seperti anda bermain badminton selama 18 minit.

Mengemas katil



Menukar alas tilam dan sarung bantal juga memerlukan tenaga dan mampu membakar sejumlah 130 kcal, sama seperti anda berlari-lari anak selama 12-15 minit.

Menghias rumah



Jika anda merasakan perlu, menghias rumah seperti mengganti langsir dapat membakar sejumlah 160 kcal, sama seperti anda berjalan selama 25 minit.

Mop lantai, menyental lantai dan memvakum





Aktiviti mop lantai dan menyental lantai, masing-masing dapat membakar sejumlah 132 kcal dan 163 kcal. Memvakum pula dapat membakar sejumlah 90-150 kcal, sama seperti anda melakukan 15 minit kick-boxing. Namun aktiviti-aktiviti ini mungkin agak berat bagi ibu-ibu selepas bersalin.



Ok, nanti Eeqa sambung #EPISOD 6: Kesalahan Dalam Senaman. Nantikan ye. 

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.