#Episod 4: Cara Senaman Betul Untuk Turunkan Berat Badan (Senaman Tabata)


Assalamualaikum semua. Maaf busy sikit bulan ni. Bulan ni Eeqa aim Coordinator dan Car Bonus. So, banyak fokus pada 'anak-anak' untuk naik rank. Alhamdulillah semua semakin bersemangat. Bukan apa bulan depan dah GST bagai kan. Barang-barang semua dah naik 6%. Shaklee juga tidak terkecuali ye. So bulan ni la kalau nak pulun beli stok banyak-banyak buat stok, kannnn.


Berbalik pada topik, Eeqa memang sangat tekankan senaman kepada peserta-peserta yang join cabaran turun berat Eeqa. Betul, walau kita dah jaga pemakanan, diet, kalori dan sebagainya, perkara lain yang kita kena titikberatkan adalah senaman. Bab senaman ramai yang mengeluh kan. Kaki sakitlah, nak jalan tak laratlah, kerja banyak, tiada masa nak bersenam, dan banyak lagi. Ada saja alasannya. Daku terima dengan hati terbuka, tapi kalau berat tak turun, jangan salahkan daku mahupun produk yang anda makan. Sebab asas untuk kurus adalah DIET dan SENAMAN.

So, Eeqa pun mencari solution kepada masalah 'Malas' bersenam mereka2 ni. Penyelesaiannya adalah senaman 'Tabata'. Senaman ini juga selalu mereka panggil sebagai ‘senaman orang malas’ kerana tempoh senaman yang hanya empat minit tetapi memberikan kesan yang sangat baik kepada kesihatan seseorang. Senaman ini dipelopori oleh seorang ahli sains Jepun bernama Dr Izumi Tabata. Oleh kerana itu ia dipanggil sebagai senaman “Tabata”.




Bagaimana melakukan senaman Tabata ini?



Senaman ini sangat mudah dan cepat dan hanya mengambil masa empat minit sahaja. Struktur program ini ialah dengan berselang seli diantara satu rutin senaman selama 20 saat dengan rehat sebentar selama 10 saat dan set ini diulang sebanyak 8 kali. Oleh itu tempah masa keseluruhan adalah 30 saat dikali dengan lapan berjumlah 240 saat bersamaan dengan 4 minit. 

Rutin senaman yang dicadangkan melibatkan senaman yang menggerakkan kumpulan otot yang besar. Contoh rutin senaman yang boleh dibuat adalah seperti melompat setempat, ketuk ketampi, melompat tali (SKIPPING), tekan tubi, berkayuh, berlari, menumbuk kedepan, lompat katak, lompat bintang, mengangkat beban besi dan sebagainya.

Sebagai contohnya, katakan kita memilih untuk melakukan senaman melompat, maka buatlah lompatan selama 20 saat dan rehatlah selama 10 saat. Selepas itu lompat semula selama 20saat dan rehat kembali selama 10 saat. Ulang semula sehingga keseluruhannya membuat 8 set senaman yang menjadikan tempohnya adalah 4 minit. Selepas selesai anda akan merasa sangat penat dan bernafas dengan laju seolah-olah baru habis bersenam berjam-jam lamanya. Anda boleh menukar rutin senaman mengikut citarasa anda sendiri. Anda juga boleh menggunakan alat-alat senaman dirumah anda seperti mesin larian atau set beban.

Senaman Tabata ini sangat baik untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenam dan boleh dilakukan sebelum pergi berkerja diwaktu pagi atau selepas balik kerja diwaktu petang.

Seorang pakar senaman yang terkenal iaitu Dr Michele Olson dari Amerika Syarikat semasa membentangkan tentang senaman Tabata ini dalam Persidangan Tahunan di American College of Sports Medicine(ACSM) pada 2013 menyatakan bahawa senaman Tabata akan membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan dua kali ganda seseorang selama 30 minit selepas itu. 

Beliau mengkaji senaman Tabata ini secara saintifik yang beliau mendapati senaman ini meningkatkan kadar metabolisma dengan sangat tinggi. Ia memerlukan 5 kali ganda senaman kardio yang biasa untuk membakar jumlah kalori yang sama sebagai contohnya berjalan laju selama 20 minit. Saintis dan pakar senaman amat mencadangkan senaman ini untuk membantu meningkatkan kecergasan, menguatkan jantung, menurunkan berat badan, menghilangkan buncit perut, mengawal paras glukosa darah dan menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, darah tinggi, stroke dan sebagainya.

*Sumber: http://doknorm.blogspot.com/2014/10/senaman-untuk-yang-malas-bersenam.html

Ok, nanti Eeqa sambung #EPISOD 5: Kurangkan Berat Badan Di Rumah Tanpa Perlu ke Gym. Nantikan ye. 

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.