EEQA LIFE: Pengalaman di Bayou Lagoon Park Resort Melaka Umpama Genting Highlands Kedua

12:00 AM
Lobby Bayou Lagoon
Assalamualaikum semua. Masih dalam mood bercuti ni. Kelas tak tajuk entri kali ni? Pengsan owner Bayou Lagoon baca hokey. Mudah-mudahan dapat la daku 6 tiket Water Park free dari owner. haha. Berangan selagi boleh. Walau kurang sihat, enjoy tetap enjoy.


Adik-adik Eeqa

Kami sampai lewat malam sebenarnya Jumaat tu memandangkan semua memang busy bekerja dan kelas semua. So, malam la sampai. Actually nak jalan-jalan masa Raya Cina, pengsan mak nak, orang dah booking tempat ni dari tahun 2014 lagi. Kami call nak book dah fenuh. Mantopla, masyukkkkkk. 



So nak tak nak terpaksalah book awal seminggu dari tarikh Raya Cina. Kami book 1 apartment yang ada 3 bilik dalam tu, siap dapur dan ruang tamu. Harga hari biasa sebenarnya dalam RM500 semalam tempat ni, tapi disebabkan nak dekat Raya Cina Harga jadi RM700++ semalam. Siap dapat tiket Water Park + 6 Tiket Teater 9D macam kat Genting tu. Free katanya, lepas daku tengok bil sebenarnya RM700 dah include semua2 tu. Tertipu lagi makcik.


Selfie Jap
Mak Kat Lobby

Bayou Lagoon ni terletak di Bukit Katil, Melaka. Siapa orang Melaka confirm tahu tempat ni. Mana taknya petang je penuh tempat ni. Kalau tak pernah pergi, dan ada GPS bolehlah masukkan coordinate di bawah dalam GPS anda. Kami datang pun pakai Waze je. Free kan. Hihi.

Bayou Lagoon Park Resort GPS Coordinate:

N 2˚14’32.57″ , E 102˚18’23.28″

Kalau nak datang better la datang hari biasa. kalau datang hari Sabtu @ Ahad memang penuh. Nak check in ke check out pun kena ambil nombor kat kaunter. Cer tengok gambar bawah ni. Ramai kan orang?

Kaunter Check In dan Check Out dan Beli Tiket Water Park

Lepas dah check in kami terus berlari ke partment kami. Nak tengok bilik-bilik dalam apartment ni? Memang 4 Bintang. Siapa datang dengan keluarga, better ambil 1 apartment ni. Ada 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 dapur, balkoni. Kalau datang berdua, nak honeymoon ke kan, ambillah bilik biasa je. Harga tak pasti. Kecantikan tempat ini bakal menjadi inspirasi rumah saya nanti. Chewahhh.

Bilik Master, Bilik Mak Abah

Master Bedroom

Master Bedroom Lengkap dengan Toilet

Bilik Standard, ada 1 Katil Queen, Bilik Kami

Bilik Ketiga, Ada 2 Single Bed, Bilik Adik dan Nenek

Ruang Tamu, Ada Astro tapi Tak Semua Channel Ada

Ruang Dapur

Ruang Minum Petang

Sempat lagi Buat Overnight Oats dengan Adik, Kedai Dia Mahal Okay
Malam tu sebab dah penat dalam perjalanan, semua terus tidur. Saya lepak-lepak di ruang tamu dengan mak sebab mata tak ngantuk lagi. Abah pula keluar pergi mengeteh.

Tempat Sarapan

Mak dan nenek

Makanan Tip Top, Mak Kata Biasa je, Saya Suka Sebab ada Bubur Nasi.
Menu Hari 1: Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Bihun, Bihun Tomyam, Bubur Nasi, Western breakfast macam hotdog dll, Roti Canai, Cereal, Salad

Menu Hari 2: Nasi Lemak, Ayam Rendang, Kueh Teow, Mee Sup, Western Breakfastmacam hotdog dll, Roti Canai, Cereal, Salad

Mak, Abah, Anoor. Botol Air Tak Tinggal Ye
 Lepas makan, mak, abah dan nenek terus ke Pusat Rawatan Tiong Hwa, Melaka. Nanti Eeqa adakan entri pasal pusat rawatan ni ye. Along pun tak sampai lagi, kami bertiga jela pergi terjun kolam. Mula-mula ke 9D teater. Bolehlah. Macam kat Genting. Tapi kat Genting kena beratur panjang. Yang ni takde orang langsung. haven. Mintak uncle tu dia bagi 2 cerita. haha.


9D Theatre
Lepas dah berteater, kami ke kolam renang pula la kan. Tempat yang ditunggu-tunggu oleh anda semua. Ok ada 4 kolam semuanya. Kolam air dalam tempat orang berenang, kolam kanak-kanak, kolam orang dewasa siap ada slides warna warni dan kolam siap gelongsor biru yang adik kata tak laju pun, lepas naik tak boleh nak break, lajuuuuuu nye. Semua slides Eeqa dah cuba. Mengalahkan budak kecik kan? hihi. Bila lagi. Jom hayati pemandangan kolam di sini.


Kolam ada slides warna-warni

Kolam slide warna warni lajuuuuuuuuuuu giler. Sekali je den naik lepas tu tak nak naik dah.

Kolam ada slides biru. Lama-lama kolam ni jadi air panas, kolam lain semua sejuk bangat.

Pemandangan Kolam dari Apartmen


Caca Ready to swim. Budak Paling Suka Air

Mak dan nenek posing tepi kolam. Mak Siap naik Slides Depan Tu. haha. 

Gerun Tak Slides Warna Warni ni Dari Atas? 


Mak dan Nenek Berendam Air.

Pemandangan Kolam dari Depan


Pemandangan Kolam Biru 
Sebelum beredar Ahad tu kami sempat posing di kerusi ni. Macam maharani kan nenek? haha. Sekian.



Caca dan Carah Anak Sedara Eeqa
  
Nenek, Mak, Fai




5 comments:

  1. Jumaat ni nk ke sana..hope semua yg indah2..sebab tahun ni masa pack giler nak bercuti ngan anak2..ni jer lah yg termampu..

    ReplyDelete
  2. eeqa nak tye kalau blik biase tok dua org dpt tcket 9D theatre free tak ? huhuh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.