#Episod 3: Peserta yang Turun Berat Paling Banyak Iaitu 5.4kg Dalam Masa 1 Bulan - Kak Asmawati


Kak Asmawati


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang Eeqa usahakan menjadi. Dipermulaan saja-saja nak turunkan berat badan sendiri dan tak jangka ahli dalam group Slim & Fit Centre nak usaha turun berat sama. Ternyata usaha tersebut tidak sia-sia. Kak Asmawati berjaya turun 5.4kg dalam masa sebulan sahaja. Dia
merupakan orang yang turun berat badan paling banyak dan merangkul hadiah Sebuah Shawl dari Ratu Stokis Puchong (lawat page). Tahniah Kak, terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja hadiah. 

Siapa nak dengar sharing beliau? Jom sama-sama kita hayati dan ikuti. Semoga bermanfaat buat kita semua yang ingin turunkan berat badan.

Kak Asmawati:

Perjalanan masih panjang. 20 kg lagi nak buang, tapi nanti saya share macam mana perjalanan turun berat dalam masa sebulan ni. 


Sayur Rebus


Ikan Rebus


Hari2 saya tulis apa saya makan. Lepastu compare kalorinya dengan apa yang saya makan. Sepanjang sebulan saya hanya makan ikan rebus dan sayur rebus. 

Roti Gardenia Ungu Wholegrain (Nilai G.I paling rendah iaitu 46)

Roti gardenia purple tu ganti nasi. Kalau terlalu nak sangat nasi ambil 5 sudu atau 3 sudu je sehari (ni kes sebab nak layan psikologi kita daripada asyik ingat nasi) sebenarnya tak makan nasi pun takpe tapi ganti karbo lain contoh roti GI rendah/dalam sayur rebus tu letak kentang siap2.

Snack Setiap Pukul 10 pagi dan 3 Petang

Air mesti 3 litre (anak fully b'feed kadang2 lebih 3 litre air. Lebih kurang 500 ml setiap 2 jam (kuasa air kosong ni sgt magic, patutlah Allah jadikan air kosong 0 kalori). Air manis memang tak ambil. Gula pun tak ambil. Harapkan gula yang sedia ada dalam biskut je sebagai snack yang pukul 10 am dan 3 petang.

Senaman?

Saya dah 9 bulan ceaser tapi masih sakit jika exercise yang berat (sebab maybe terjatuh 2x) lepas habis pantang hari tu. So, tak berani so sekarang just naik turun tangga di sekolah. Jalan kaki banyak2. Kalau jogging pun ada rasa sikit2 area ceaser tu. Siang tak tidur langsung. Aktifkan diri, macam cikgu atiqah bagitahu, aktifkan diri.

Multivitamin?

Multivitamin Pilihan Kak Asma Tentunya Vitalea, Multivitamin Terbaik dari Shaklee

Multivitamin WAJIB ambil sebab nak top up kekurangan dalam pemakanan seharian kita. Kalau tak kita lesu, terbaik memang shaklee. Multivitamin yang Kak Asma amalkan adalah VitaLea.

Yang lain mmg saya ambik jugak. Atas saranan mak syikin ikut jadual. Pada saya vitamin sangat penting diambil masa diet. Memang shaklee terbaik sebab banyak dah vitamin beli kat farmasi saya try. Biasa2 je even dah berbotol2 habis. Sama je rasa (maaf cikgu..promote2 promote...hehhehe..

B Complex

ESP

Ya ESP pun sy ambil. Lepas mengepam. B compleks shaklee memang the best setakat ni. Hope sampai bila2 pun sebab saya dah try yang kat farmasi tu, biasa je.

Perghhh kak asma follow kot apa saya bgitau.. patut turun 5.4kg, disiplin2 tu penting.

Dari segi pemakanan? Apa yang Kak Asma amalkan setiap hari?

Jenis ikan dan sayur tukar2, elak jemu.

Ya cikgu tiqah. Cikgu memang terbaik

Haah, yang multivitamin tu artis2 memang ambil sebab mereka ada yg makan nasi 5 sudu seminggu tapi tak tahu brand ape.

Ya, makan2 multivitamin tu. Lepas seminggu kita jadi kenyang je kalau makan sikit sebab dah cukup kperluan, agaknya.

Yang best, susu badan tetap meningkat sebab buat stok juga untuk baby.

Sokong kak Asma sebab multivitamin sangat penting saya tahu dari dulu lagi. Memang bila ambil rasa tenaga dan kenyang. Alhamdulillah smpai skrg saya still mkn vitalea. Tahniah kak asma good sharing.

Ya..mmg betul!!!

Yang tentang jangan makan luar tu memang betul. Saya terbaca kat mana tak ingat. Sebab banyak yang tersembunyi. Sebulan ni saya try tak makan luar mmg betul. Kita masak sendiri, rebus2. Nak bagi sedap letak lada hitam/cili api.

Kak asma pernah rasa down masa diet? Kalau down buat apa?

Kalau down saya warning diri:-

-takkan nak kurus dalam masa 5 hari/5 minggu sedangkan lemak saya terkumpul sejak 5 thn lalu.

-jika ada orang ajak makan benda2 menggemukkan di tempat kerja.. mengaku "saya diet" dan pedulikan apa orang kata.

-saya takut pergi hospital: so saya ingatkan diri jangan sesekali dapatkan penyakit gaya hidup. Gaya hidup memang pemakananlah. 

Terima kasih cikgu dan semua kerana banyak ilmu dari kalian yg tak terbalas rasanya. Mari kita teruskan usaha untuk sihat sama2.

"memang orang kurus tidak semestinya sihat tetapi orang gemuk mesti ada sesuatu yg tidak kena". Tak ingat petik dr mana

Terima kasih atas ucapan tahniah dan terima kasih atas hadiah. Ilmu diet masih cetek dan saya harap semua sudi menolong agar kita capai misi dan visi kita

*sharing dari kak Asma, peserta penurunan berat badan SLIM & FIT CENTRE BATCH 1. Anda semua mampu turun berat macam kak Asma. Semua perlukan sokongan padu rakan2 dan keluarga. Konsep ini saya buat bukan fokuskan supplemen, tapi fokuskan pemakanan dan senaman. Nak kurus perlukan ilmu. Nak sertai kami anda hanya WAJIB beli Alfafa promosi pada harga RM48. Kalau 1 set hanya RM299 (Asal RM331.50).

'We Support Each Other'
'Anda Sihat Admin Bahagia'

Ok, nanti Eeqa sambung #Episod 4: Cara Senaman Betul Untuk Turunkan Berat Badan. Nantikan ye. 

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.