#EPISOD 1: Dipermulaan Tercetusnya Sebuah Impian Untuk Turunkan Berat Badan

Eeqa bertudung pink bersama teman-teman seperjuangan dalam Shaklee
Assalamualaikum wbt. Selamat petang semua. Wah rindunya dengan blog Eeqa ni. Sebulan bercuti meninggalkanmu. Chewah. Ada ke yang merindui diriku? haha. Amboi3 al-maklumlah Eeqa dah kurus turun 2kg, happy semacam ye. Alhamdulillah berkat kumpulan sokongan SLIM & FIT CENTRE Eeqa di Whatsapp.

Ok, macam mana tercetusnya ilham dan impian nak kurus ni? Mula-mula ia sekadar idea yang tercetus untuk bisnes Shaklee iaitu memfokuskan KEPAKARAN Eeqa sendiri. Memang Eeqa suka
bab-bab pengurusan berat badan ni. Kena dengan jiwa den. Lagi-lagi lepas tengok gambar artis-artis dan model-model yang kurus, mulus, cantik bagai, adoi jeleeeeeeessssss teramat. 

Bermula dari 10 orang, 20 orang, dan sekarang sudah hampir 40 orang dalam group tu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang banyak memberi support dan ada impian yang sama untuk turunkan berat badan bersama-sama Eeqa. 

Bagaimana Bermula Kesedaran untuk Kurus ni?

Ni bukan Eeqa, pinjam model Master Dila dan 'Anak' shaklee Eeqa iaitu Eira masa cek kesihatan tempoh hari.
Kami panggil naik motor. haha.
Ok, di sini lahirnya sebuah cinta. Yang murni abadi sejati. (Lagu ni, lagu. haha kenan Sepahtu kejap). Ok serius, bermula dari Eeqa cek kesihatan secara PERCUMA di KL Branch Shaklee. Selepas di timbang, diukur, di calculate, algebra, calculus semua bagai, keluarlah result kesihatan Eeqa. (Disarankan untuk anda semua cek kesihatan anda). Tadaaaaaa, berat Eeqa 67.8kg yer (ni sebelum turun berat, tak yah terkejut sangat). So bila dikira bersama dengan ketinggian daku yang 156.5cm, secara keseluruhannya BMI Eeqa 27.7 iaitu di kategori OVERWEIGHT. 

Waduh, waduh, waduh. Malu teramat sihhh. Selama ni ke hulu ke hilir, tak sedar rupanya dah overweight. (Siapa gelak siap). Dengan body age 45 yer. Umur sekarang baru 27 tahun. Wah, tak boleh jadi ni, mesti lakukan sesuatu sebelum terlambat dan sebelum body age menjangkau 100 tahun. Lagi haruuuuuu. Dengan lemak yang menyeliputi organ 8.5, still normal. Normal dalam range 1-9, tapi dah limit2 dah tu nak ke HIGH. OMG OMG. 

Otot di dada dan lengan pun siap negative! That's mean badan saya kurang otot dan menyebabkan metabolisma badan berkurangan. (Nanti Eeqa sediakan slot metabolisma ni ye, macam mana nak tau metabolisma badan anda tinggi ke rendah). Kena angkat weight, makan protein bla bla bla nutritionist tu beritahu). Terima sahaja dengan hati yang rela sebab malu dah OVERWEIGHT ni. hahaha.

Semua tips-tips ke apa, Eeqa bakal cerita di episod-episod akan datang (don't miss it). Semua tips-tips nak kurus ni Eeqa dah tahu sebenarnya tapi disebabkan banyak alasan seperti di bawah, memang ia menjadi kenang-kenangan jela. Angan-angan mat jenin katanya. Anda semua pun sama kan? Don't shy2.

  • Tiada sokongan kawan-kawan dan family (buat sorang-sorang memang cepat bosan dan give up)
  • Tiada tips-tips nak kurus
  • Tidak tahu cara paling efisien nak turunkan berat badan
  • Tak tahu nak mula dari mana
  • Rasa cepat lapar, susah nak tinggalkan nasi (ni semua kata-kata dari peserta Eeqa sendiri).

Bagaimana Nak Mula Kurus? 


1. Timbang Berat Badan, Ketinggian, Ukur Lilit Anda

Mula-mula sekali pergi timbang berat badan, ukur ketinggian dan kira BMI sekali. Lepas tu, ukur lilit lengan, pinggang, punggung dan peha. Semua tu catatkan dalam sebuah diari. (Berangan nak sediakan diari kurus sendiri, masih dalam proses perbincangan). 



2. Sediakan Seduah Diari

Diari ni juga boleh update pengiraan kalori setiap hari, makan apa berapa kalori, senaman apa, berapa kalori terbakar, supplemen ambil ke tidak, air minum berapa liter sehari, setiap hujung timbang berat badan anda dan catatkan juga berat terkini anda di dalam diari tersebut. Menarik kan?



3. Beli Sebotol Air

Tidak kira botol yang berapa liter. Ada beberapa jenama di pasaran, Eeqa sendiri pakai jenama TUPPERWARE yang 1 Liter besarnya. 



4. Sediakan Kasut Sukan yang Selesa dan Bersesuaian

Kasut sukan sangat penting jika anda ingin bersenam, Tak kiralah kalau bersenam dalam rumah ke luar rumah. Make sure wear your shoes ye darling semua. 

5. Join Group Whatsapp

Masuk group whatsapp SLIM & FIT Centre. Macam mana nak masuk? Tinggalkan butiran anda di email Eeqa. (atiqahshahrom87@gmail.com), dan Eeqa akan cerita details bagaimana nak join.


7. Berat:
8. Tinggi:

5 tips jela ye. Lain-lain nanti Eeqa fikir. haha. Mulakan 5 tu dulu yang wajib, yang harus-harus selalunya Eeqa cerita dalam group. Owh ada lagi 1, boleh juga melawat dan like page SLIM & FIT CENTRE di Facebook. Pun boleh ke sana jika nak tips-tips yang lain. Eeqa suka bagi hadiah kat Page tu, LIKE je mana tau anda yang paling bertuah.





Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.