EEQA KITCHEN: Resepi Pavlova yang Simple dan Sedap

12:00 PM


Petang na indah, bestnya kalau ada orang sediakan minum petang. hihi. Hari ni nak share resepi pavlova yang simple dan sedap.
Mudah sangat membuatnya. Bahan paling utama tentulah kerajinan. Jom tengok bahan-bahan lain dan cara membuatnya.

Bahan-bahan


Untuk Pavlova Disc:



4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk Krim:

240ml whipping cream
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan..
(rai cadangkan yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

Cara-cara Membuatnya


1. Make sure bowl kering. Pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya sebab nak buat meringue memang pantang bendasing. Telur putih juga mesti tiada sisa telur kuning. Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl.



2. Putar putih telur sampai berbuih macam keluar buih2 sabun tu dulu. Apabila dah berbuih2 sambil putar mixer baru masukkan gula sedikit demi sedikit.

(Tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal. Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula)



3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat



4. Masukkan esen vanila

(Tips: esen vanila akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur dan sedappp). Then putar lagi.



5. Ok putar sampai jadi bila kita angkat macam bertanduk. haha bukan tanduk bercabang2 mahupun pisang tanduk yaa. kikih atau bila terbalikkan bowl sure tak jatuh adunan tu dari bowl.



6. Lepas itu stop kan mixer. Masukkan tepung jagung dan juga cuka.



7. Guna senduk sahaja gaul2 bg sebati dah cukup tepung jagung dan cuka tadi.

(Tips: jangan kacau sehingga larut malam atau beria2 dan lama dan jangan guna mixer)



8. Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Gunakan Nozel No. 347

Macam  ini bentuk Nozel tersebut:






9. Alas Loyang dengan kertas minyak. Buat bulatan guna pensel dan ikutlah loyang ke atau apa2 yang bulat. Ikut saiz yang dimahukan. Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.



10. Penuhkan piping di bahagian dalam. Yang dalam tu tebalkan sedikit supaya bila kita potong nanti dalam dia ada struktur macam Marshmallow. Kalau nak buat 2 lapis, buat 2 keping disc asing2.



13. Tips untuk Pavlova tak crack. Lepas dah masak tu, jangan keluarkan dari oven. Tutup suis oven. Biarkan je dia sejuk dalam oven tu sendiri.

Untuk Topping

1.Whipping cream make sure sejuk, baru keluar dari fridge untuk putar.

(Tips nak senang putar whipping krim: Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk dalam 15-30 min)

2. Then, keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak, jadi bertanduk gak tapi tak terlalu kental dan tak terlalu cair dan tak terlalu kental. Jangan putar terlalu lama nanti krim jadi macam pecah minyak.

3. Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping. Lepastu hias dengan buah2 tadi. 


Tadaaa Siap!

Selamat Mencuba

Luv Ya
-Eeqa-

Sumber: Google

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.