PENYAKIT: Sayangilah Jantung Anda, Bukan Lagi Penyakit Orang Tua-tua

Ni statistik yang baru Eeqa ambil selepas pergi bengkel nutrisi anjuran Shaklee tempoh hari. Takut tak dengar statistik ni? 1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan sakit jantung. Fakta yang tidak boleh disangkal lagi. 

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

Bukan Lagi 'Penyakit Orang-orang Tua'



PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, akibat serangan jantung memberi kejutan dan seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua, khususnya yang mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung.



Ramai terkejut kerana beliau meninggal dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat dengannya juga tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa berlaku kepada mangsa serangan jantung lain.




Selain itu, pemain bola keranjang kebangsaan, Jacky Ng Kiat Kee yang berusia 25 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di China, semalam.



Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (Maba) Chey Tat Woon, yang mengesahkan perkara itu, berkata mendiang dilaporkan pengsan ketika berada di bangku pemain simpanan pada kira-kira 4.30 petang waktu tempatan di Jinjiang (4.30 petang waktu Malaysia) sebelum disahkan meninggal dunia pada kira-kira 7 malam ketika mendapat rawatan di sebuah hospital di sana.

Lima Tanda Sakit Jantung


Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:



  • Kelesuan (F)
  • Aktiviti menjadi terhad (A).
  • Dada terasa sesak (C).
  • Buku lali bengkak atau edema (E).
  • Sesak nafas (S). 

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.



Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Cara Sakit Jantung Berlaku 

Tekanan Darah Tinggi


Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, atherotrombosis dan kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Atherothrombosis


Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. 

Risiko Sakit Jantung

Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

  • Kencing manis.
  • Paras kolesterol tinggi.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
  • Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
  • Pemakanan tidak seimbang.
  • Merokok.
Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

Cara Merawat Penyakit Jantung

Pembedahan Bypass (Risiko bagi anda yang berumur dan mahal)

Cara Mencegah Penyakit Jantung

1. Amalkan penggunaan CoQHealth dalam kehidupan anda seharian

2. CoQHealth Shaklee bukan sekadar mengandungi CoQ10

3. CoQ10 menghasilkan tenaga dan merupakan antioksidan

4. Jantung kita memerlukan tenaga paling tinggi untuk bekerja

5. Seseorang yang kerap stress, jantung mereka akan memerlukan tenaga yang lebih untuk bekerja. Ini menyebabkan jantung anda akan kurang efisien. (B Complex Membantu Mengurangkan Stress)

6. Dengan pengambilan CoQ10 secara berterusan membantu tahap kolesterol dalam darah anda lebih sihat.

7. Jika anda menghadapi debaran @ degupan jantung yang tiba-tiba berdegup laju, anda mungkin menghidap penyakit jantung.

8. CoQ10 dalam CoQHealth juga membantu mengurangkan Angina

9. CoQ10 dalm CoQHealth juga membantu tekanan darah yang lebih sihat.


10. Apabila jantung anda berdegup dengan efisien, pergerakan darah ke seluruh badan juga akan bergerak dengan lebih lancar. Menyebabkan oksigen yang dibawa ke seluruh sel badan adalah cukup. Ini akan menghasilkan kulit yang lebih cantik, berseri dan sekata. Tambahan pula dengan kehadiran Vitamin E.


11. Bagi seorang lelaki, fakta menyatakan bahawa hanya 10% sahaja sperma anda normal. Dengan mengamalkan CoQHealth Shaklee, akan meningkatkan bilangan sperma dan meningkatkan penghasilan sperma yang normal.
12. Budaya membaca dalam diri kita sekarang adalah sangat kurang. Masalah ini akan memberi kesan kepada diri anda sendiri 10-20 tahun akan datang. Jika anda seorang yang rajin membaca setiap hari sebelum tidur atau bila-bila masa, ia akan membantu meningkatkan daya ingatan. Selain itu, CoQHealth ni juga membantu meningkatkan tenaga minda anda.

13. Jika anda seorang atlet atau kerap bersenam, CoQHealth juga membantu dalam meningkatkan tenaga anda.

Bolehkah Anda Amalkan Pengambilan Makanan di Bawah Setiap Hari Untuk Memastikan Jantung yang Sihat?


Perbezaan CoQHealth Shaklee dan CoQ10 yang Ada Di Pasaran


Sebarang diskaun adalah perlu PM Eeqa di 0132453182 (whatsapp/sms only) - CLICK untuk SENARAI HARGA COQHEALTH-

Jagalah jantung anda selagi ianya sihat.

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.