MOTIVASI: Apa yang Perlu Anda Lakukan Apabila Di Timpa Masalah dan Musibah serta 1001 Kegagalan?

6:00 AM


Assalamualaikum wbt. Pagi yang indah hari ini marilah kita bangkit dan bangun dari sebarang kegagalan dan kesedihan. 

Apa kata Allah kepada Malaikat Maut apabila anda kehilangan orang tersayang?


Wahai Malaikat Maut, engkau dah cabutkan nyawa kepada anak si Pulan hambaku? 

Apa kata Malaikat Maut? 

Ya Allah, sudah ku laksanakan perintahMu itu.

Maka tanya Allah lagi kepada Malaikat Maut, Apa yang hambaku ucapkan apabila buah hatinya atau nyawa ini, anak yang paling dia sayang telah dicabut nyawanya? 

Kata Malaikat Maut, Sesungguhnya hambamu ini memujiMu dan hambaMu itu mengucap kalimah 'Istirjak' yakni 'Innalillahi wa inna ilaihi roji'un'

Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepada Allah tempat kita dikembalikan.

Maka kata Allah, kalau demikian bangunkanlah untuknya sebuah rumah di dalam Syurga dan namakan rumah tersebut sebagai rumah puji-pujian 

Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi

Maksudnya banyak pahala yang Allah kurniakan kepada kita. 

Jom hayati kata-kata ini dan renungkan sedalamnya. Jika anda percaya, yakin dan faham, anda tidak akan mudah merasa sedih dan gagal.












Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.