EEQA LIFE: Makanan yang Pelik dan Menarik di Kuantan, Pahang


Assalamualaikum wbt. semua. Rasanya dah hampir seminggu Eeqa balik dari bercuti di Kuantan, Pahang. Actually percutian kali ni Eeqa memang nak keluar dari Kuala Lumpur untuk merehatkan minda dan meluaskan pemandangan supaya lebih banyak idea yang Eeqa bakal peroleh bagi menempuh tahun baru iaitu tahun 2015. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan kan?

Kami bertolak ke Kuantan pada hari Sabtu (22 Nov), jam 8 pagi melalui Gombak dan terus masuk ke Highway Karak. Perjalanan
agak lengang dan kami sampai tepat pukul 11.30 pagi. Awalkan? Dalam 3 jam sahaja perjalanan. 

Sesampai sahaja di sana, kami terus buat persiapan untuk kelas produk yang akan berlangsung pada pukul 2 petang. Kami di jamu dengan asam pedas ikan haji dan tempe goreng berserta rendang ayam. Sedap sekali masakan mummy. Alhamdulillah kelas petang itu berlangsung dengan jayanya. Siap ada buat demo Masker ESP dan Vitamin E, Ujian Vitalea, Lecithin dan OmegaGuard. Peserta yang hadir pun sangat berpuas hati.

Destinasi 1: Berjaya Megamall

Malam tu kami ada event mensurprisekan hubby Mariani di pusat boling Berjaya Megamall. Kami hanya berjaya memberi kek dan menyanyikan lagu Selamat Harijadi. Memang hubby Mariani terkejut sangat. 
Gambar di Sekitar Acara Boling
Mariani, Noha, Ahla and Me (Eeqa)

Destinasi 2: Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang

Esok paginya, Eeqa bangun awal semata-mata ingin ke Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Pagi-pagi lagi sudah ada makanan yang pelbagai jenis dan enak-enak belaka. Yang paling best sebab semua makanan yang dijual di sini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Jom kita tengok apa yang ada di Pasar Tani tersebut. 

Suasana di Sekitar Pasar Tani

Eeqa dan Noha (BFF)
Suasana di Sekitar Pasar Tani

 1. Satay Ayam, Daging, Tulang, Perut dll



2. Apam Lambung



 3. Ombre


4. Nasi Kerabu dan Nasi Minyak


5. Puding Di Raja dan Jala Manis

 

6. Pelbagai Kraf Tangan


7. Rojak Mee Ayam




Destinasi 3: MaBIQ, Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, Kuantan


Tengah hari selepas kelas Magnet Rezeki dan Blog, kami makan di Math'am MaBIQ. Makanan di sini memang super sedap. Sedikit latar belakang MaBIQ. 

MaBIQ diusahakan oleh Kak Umee Umee Ruzaini selaku Pengetua Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (Mabiq).Mabiq adalah Maahad Tahfiz yang dibuka sejak 2007 bagi memberi perlindungan dan pendidikan kepada anak yatim dan fakir miskin.

Bersama suami, Jamaluddin Abdul Jaabar, 46, yang juga Pengerusi Mabiq, Umee Ruziani yang lebih mesra dipanggil Umee itu cekal meneruskan cabaran mendidik 'anak-anaknya' yang berusia antara 13 hingga 17 tahun dalam bidang agama dan akademik. Jamaludddin yang juga bekas kakitangan Yayasan Pahang adalah lulusan Sarjana Agama Ilmu Pendidikan Islam, Universiti Yogyakarta selain turut mempunyai Sijil Perkhidmatan Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia.

Sedikit perkongsian mengenai latar belakang pemilik MaBIQ. Lagi mengenai Mabiq BACA SINI

MaBIQ menyediakan makanan yang berunsurkan durian dan tempoyak yang diambil sumber terbaiknya daripada FAMA. Di antara makanan yang menjadi kegilaan ramai di sini ialah Paeh Patin. 

Cara membuat paeh patin ini adalah dengan membungkus patin bersama-sama tempoyak di dalam daun pisang. Kemudian, bungkusan itu dibakar. Bezanya paeh patin di sini kerana tempoyak yang dihasilkan daripada durian gred A.




Suasana di Pintu depan Mabiq

Di Bahagian Hadapan Kedai

Waktu Operasi di Mabiq (Kalau Nak Selesa, Buat Tempahan Lebih Awal ye)

Suasana di Tempat Parking Kereta

Suasana di Laluan Masuk ke Mabiq

Di Pintu Depan Mabiq

Di Sekitar Ruang Makan Mabiq

Anda Juga Boleh Bersila Di Bawah Ala-ala di Jepun

Ruang Makan di Bahagian Hadapan

Pemanis Mulut Juga Ada Dijual

Ruang Kaunter Pembayaran, Bersedia Untuk Beratur Panjang Ye.
Di Antara Lauk-Pauk Yang Dijual Di Sini, Paeh Patin


Di Antara Lauk-Pauk Lain. Yang Paling Menjadi Kegemaran Eeqa ialah Daging Salai Masak Kicap

1 Set Ni Harganya RM10 untuk 1 Kepala Orang yang Makan


Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.



No comments:

Powered by Blogger.