EEQA KITCHEN: Resepi Roti Sarang Lebah

12:00 PM


Adoi, pantang betul bila dah jadi trend ni. Mesti terus nak cari resepi dan mencuba la apa lagi. Roti ni pernah cuba masa pergi kelas Master Ummu Ainan tempoh hari. Memang lembut dan so good rasanya. Nak tau kesedapannya? Silalah rajinkan diri anda ke
dapur. hihi

MINI BUN SARANG LEBAH

resipi : Lydia Honey

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam 
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.


2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 

3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 

INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.

5. Uli sehingga elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya

7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 

8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.

9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan over anda, setting 180-200C api atas bawah.

10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.

11. Time bakar dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak masa nak bahagi2 doh kecik2.

2) No need perfect bulat sangat just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.

3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.

4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras

5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.

3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- 

Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. 

Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 

Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Di bawah ini adalah resipi yg K.Nor gunakan utk membuat roti/bun bagi ROTI SARANG LEBAH.


ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
sumber : Izahdaut & K.Nor

Doh span (A)
420gm tpg highprotien
250gm air5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air

Campur semua bahan kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A). Mix dan masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jadi doh yang licin dan elastik. Rehatkan 10min pastu bentukkan.


Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.