EEQA KITCHEN: Resepi Pisang Goreng Cheese dan Coklat (Sanggar Cheese) yang Menjadi Kegilaan Ramai

12:00 PM
Pisang Goreng Cheese dan Coklat (Sanggar Cheese)
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Eeqa yang tidak kering gusi mendengar celoteh Eeqa ni. Biasalah kan, bila dah pukul 12pm ni, Eeqa akan share resepi-resepi yang menarik dan menjadi trending buat masa ini iaitu Resepi Pisang Goreng Cheese atau Pisang Goreng Coklat Cheese. 

Sebenarnya pisang goreng cheese ni dah lama ada, tapi baru-baru ni kelihatan gerai-gerai yang menjual pisang goreng cheese ni tumbuh
bak cendawan, tu yang ia menjadi trending semula. Eeqa ada juga singgah gerai-gerai pisang goreng cheese ni.

Pernah beli sekali di branch Shaklee di Wangsa Maju, 1 bekas Pisang Goreng Cheese berharga RM5.00 dan bagi 1 bekas Pisang Goreng Coklat Cheese pula berharga RM6.00. Tapi ikut kawasan juga. Ada yang 1 bekas tu penuh, ada yang sikit je. Ikut la ye. Nak banyak, mari buat sendiri. Chewah.

Ni resepi yang Eeqa dapat dari seorang rakan yang tinggal di Tawau, Sabah dan memang berniaga Pisang Goreng Cheese ni. Memang tak menang tangan sekarang bagi siapa-siapa yang membuka gerai pisang goreng cheese ni. 

Bahan-bahan untuk Pisang Goreng:

1. Sesisir pisang
2. Tepung beras
3. Tepung jagung
4. Air kapur
5. Serbuk kunyit
6. Sedikit garam
7. Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk Tabur di Atas Pisang Goreng:

1. Susu Pekat

2. Cheddar Cheese

3. Coklat Cair Hershey's

4. Gula Perang

Cara-cara Membuatnya:

1. Masukkan bahan-bahan untuk menggorang pisang tadi dan kacau sehingga sebati.

2. Belah 2 pisang tadi dan celupkan ke dalam tepung.

3. Goreng pisang sehingga garing dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Setelah siap menggoreng pisang, letakkan susu pekat di atas nya (buat zig zag)

5. Kemudian, tabur dengan gula perang.

6. Akhir sekali parut cheddar cheese di atas pisang goreng tadi.

7. Untuk pisang goreng cheese coklat, setelah parut cheese, letak coklat cair Hershey's dan buat zig zag di atas cheddar cheese yang di parut. 

Siap!

Ni Pisang Goreng Cheese Coklat Buatan nenek Shaklee saya, kak Umee Suziana.

Selamat Mencuba.
(Nota: Jangan letak susu pekat dan gula perang terlalu banyak, nanti jadi sangat manis)

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.