BISNES: Formula Kejayaan M.E.S.T.I oleh Dr. Azizan Osman

4:00 PM

Kebanyakkan orang yang berjaya menggunakan formula ini yang bermaksud:


M: Mentor
E: Elmu (Ilmu +Emosi)
S: Sistem/Strategi
T: Tindakan
I: Impian

1) Mentor: Tiru langkah orang yang telah berjaya dalam bidang yang kita ceburi ini, supaya dengan cara ini kita tiru apa langkah yang membuatkan mereka berjaya dalam masa yang sama dapat JIMATKAN masa dari mengulangi kegagalan yang mungkin pernah dilakukan.

2) Elmu: Membayangkan kita berada di tempat pengguna dan "Membeli" emosi pelanggan sebelum pelanggan membeli produk kita. Sentiasa sematkan di dalam hati yang tujuan utama kita berniaga adalah untuk bantu selesaikan masalah mereka.

3) Sistem: Setiap yang berjaya pasti ada sistem yang tersendiri..tak kira samada baru atau lama.Perhatikan sistem yang digunakan oleh perniagaan yang maju dan kita contohi apa yang mereka telah buat itu. Contoh, bagaimana mereka memberi khidmat layanan pelanggan, menguruskan operasi kedai, menyusun atur kedai, budaya kerja syarikat dan sebagainya.

4) Tindakan: Fast Action, Fast Result! Orang berjaya bertindak dengan pantas untuk lebih berjaya, orang gagal sentiasa terhegeh-hegeh dalam tindakan!

5) Impian: Pastikan anda meulis impian anda..contoh apa yang anda nak capai alam masa 10 tahun akan datang..dengan menulis impian itu, adalah salah satu langkah menjadikan ia satu realiti!

Kredit: Kak Dila Roslan (Onyang Gorgeous)

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.