BERITA HARI INI: RM2 Juta Lesap

8:00 AM





SHAH ALAM 28 Okt. – Tiga daripada empat pekerja sebuah syarikat keselamatan sempat berhenti makan di sebuah kedai ketika membawa wang tunai berjumlah RM2 juta, hasil kutipan di
beberapa lokasi di Serdang dan Seri Kembangan dekat sini, malam tadi.

Tindakan yang bertentangan dengan prosedur operasi tetap (SOP) itu telah mengakibatkan wang tunai bersama kenderaan tersebut dilarikan dua penjenayah berpistol dalam kejadian pukul 9.30 malam.

Dalam kejadian itu, empat pekerja syarikat tersebut yang baru selesai melakukan kutipan wang tunai memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan di Les­tari Perdana, Serdang untuk makan di sebuah kedai berdekatan.

Tiga daripadanya turun dan hanya pemandu ditinggalkan untuk mengawal wang tunai berke­naan.

Bagaimanapun selepas 15 hingga 20 minit, tiga pekerja ber­kenaan terkejut mendapati kenderaan mereka telah hilang sebelum menjumpainya semula tidak jauh dari kawasan tersebut bersama pemandunya dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil siasatan pihaknya terdapat unsur keraguan dalam kejadian tersebut dan sehubungan itu telah menahan empat pekerja van keselamatan berkenaan.

“Ikut SOP, mereka tidak boleh berhenti di situ (tepi jalan) terutamanya ketika membawa wang tunai yang banyak. Pemandu yang ditemui di dalam van dengan tangan terikat juga didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Keempat-empat mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan,” katanya selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Abdul Samah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.

Sumber: http://www.utusan.com.my

Wow, dahsyatnya kes samun sekarang. RM2 juta boleh kena rompak camtu je. Berhati-hati ye semua.

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.