EEQA KITCHEN: Resepi Cinnamon Roll ala Cinnabon

12:00 PM



Semalam ada kelas meroti. So, harini terus mencari resepi Cinnamon Roll yang ala-ala Cinnabon tu. Siap ada filling Cream Cheese. Sebelum ni pernah makan dan tempah dengan kak Rozy,
memang sedap. Nak buat sendiri memang tak sedaplah + super 'rajin'. haha

Bahan untuk Roti:


300g tepung roti

50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu bilik)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam

Bahan Untuk Filling:

2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik

Icing:

50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara:

Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti


Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.


Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.


Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.


Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.


Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi


Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.


Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim


Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti


Selamat Mencuba.


Berminat dengan Cinnabuns boleh call: Rozy (013-704 1359), Eeqa tak ambil untung pun, tolong kawan-kawan. Eeqa dah pernah cuba 9 biji RM15, memang sedap.

Luv ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.