EEQA KITCHEN: Resepi Nutella Brownies yang Simple dan Sedap

12:00 PM

Assalamualaikum semua. Hari ni Eeqa nak share resepi nutella brownies yang simple. Anda hanya perlukan 3 bahan sahaja. Mudah sangat.

Inilah kek yang Eeqa rasa paling senang nak buat. tak payah pening kepala nak cari bahan tau. Tiga bahan je tuu. Nak buatnya pon tak
sampai sepuluh minit, gaul-gaul terus masuk oven. itupon guna mixer. lain lah kalau pakai tangan, memang ambil masa sikit. hahaa

rupa dalaman nutella brownies

Bahan-bahan :

2 Biji Telur
200g Nutella
9 Sudu Besar Tepung Gandum

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh, tak ada masalah. 

2. Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Resepi asal menggunakantepung serbaguna (all purpose flour). Tetapi disebabkan aku tak ada tepung serbaguna, maka aku ganti dengan tepung gandum. 

3. Sepatutnya, untuk 130g nutella (1/2 cawan nutella) kena guna 5 sudu tepung. Tetapi sebab nutella tu cuma ada 200g sahaja, maka Eeqa kurangkan menjadi 9 sudu sahaja. Bukan apa, takut bila terlebih tepung, kurang manis pula rasanya nanti.

4. Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh. Kalau gunakan papercup kecil tu, bila dah siap dapat dalam 37 biji saja. 

5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing ye). 

6. Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garpu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.



Dah siap tuu, bolehlah dimakan begitu saja. tapi jangan makan panas-panas, melecur pulak mulut tu nanti. Kalau nak bagi brownies tu cantik-cantik sikit bubuhlah coklat atasnya. Kalau ada chocolate rice lebih masa buat kuih raya hari tu pon boleh letak jugak.


Bagi Eeqa nutella brownies sedap memang sedap, cuma harga nutella tu lah yang tak boleh tahan sikit. yang botol kecil 200g tu je dalam rm10 tapi cuma dapat 37 biji. Untuk makan sekali sekala bolehlah, kalau selalu tuu memang tak la.

Selamat Mencuba

Luv ya
-Eeqa-

Sumber: Sitikektus. Tq Dear. Memang tak sempat daku membuatnya lagi. hihi

No comments:

Powered by Blogger.