MOTIVASI: Refleksi Diri Dalam Kehidupan oleh Prof. Muhaya

6:00 AM

Refleksi Diri Dalam Kehidupan

Post Entry sebelum ini mengenai kenapa masalah selalu berlaku dalam hidup kita. Kenapa masalah yang sama selalu berulang dalam hidup kita. Kenapa dan kenapa ??

Saya pasti ramai yang mengalami masalah tersebut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Disini saya akan berkongsi ilmu Refleksi Diri yang boleh membantu sedikit sebanyak masalah anda.

Betulkan Fokus Kanta Kehidupan

Bila masalah yang sama selalu berulang, betulkan semula fokus kanta kehidupan. Setiap masalah yang berlaku mesti ada sebab dan saya ambil contoh masalah kewangan. Setiap bulan duit mesti tidak cukup-cukup kerana kena bayar itu dan ini sehinggakan perbelanjaan melebihi pendapatan.

Selalunya perkara ini terjadi kerana "Kehendak melebihi Keperluan". Masalah Kehendak ini berpunca daripada Masalah HATI.
  • Wah cantiknya tudung kak mah tu,kena beli lagi cantik dr dia.
  • Abang, rumah sebelah kita da tukar langsir baru..kita bila lagi ?
  • Abang, anak orang lain semua pakai smartphone, anak kita bila lagi?
Bangga bila kita lebih dari semua orang dan semua rakan-rakan memuji kita sehinggakan setiap bulan bank menghantar surat cinta yang mencemaskan dan akhirnya MUFLIS.

Merawat masalah HATI. Kita biasanya melihat sesuatu perkara melalui Mata Akal. Cuba latih diri melihat sesuatu melalui Mata HATI anda pasti sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki.

*Alhamdulillah sedikit perkongsian pagi ni. Eeqa tercari-cari kata-kata motivasi hari ini, dan tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya ni. semoga kita sama-sama beroleh kebaikan dengannya. 

Luv ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.