LAWAK-LAWAK: Jiran Baru dan Sangkar Kucing

10:00 AM



Pada suatu hari..

Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke? 

Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.

Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi. 

Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu? 

Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada sangkar kucing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela kucing.

Jiran 1 : Ya, betul.

Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.

Jiran 1 : Huh… betul lagi. 

Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.

Jiran 1 : Tepat sekali.

Jiran baru: Itulah deduksi.


Petang itu…

Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.

Jiran 3 : Ooo… dia kerja apa?

Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.

Jiran 3 : Apa tu??

Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada sangkar kucing?

Jiran 3 : Tak.

Jiran 1 : Aishehman…....

Hahahahahaha kesiannya jiran 1. Baru nak berlagak konon2 tau. hahaha. Jangan jadi macam tu ye. Peaceeee

Luv ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

2 comments:

Powered by Blogger.