EEQA VITAMIN: 7 Elemen Penting Dalam Vitamin C Shaklee

Fungsi


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?


Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Sumber: cery mama faiz




Siapa yang Memerlukan?

1. Perokok

* Vitamin C adalah antioksidan utama dalam tubuh manusia. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok, perokok memerlukan kandungan vitamin C yang lebih tinggi. Ini disebabkan 'free radicals' merbahaya dalam rokok menyebabkan menyebabkan kandungan vitamin C badan menyusut lebih cepat dari biasa.

p/s: berbeza dengan vitamin K, perokok mesti mengelakkan supplemen yang mengandungi vitamin K kerana bersifat lawan dengan 'anti- coagulant'(elak pembekuan) dalam darah).


2. Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan

3. Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat

4. Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

5. Semua yang mahukan kesihatan tubuh badan baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

6. Yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C 

7. Perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vitamin C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )


Simptom-simptom Kekurangan

1. Kuku Mudah Patah

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

2. Mata Terasa Kering

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

3. Pecah-pecah Di Bahagian Hujung Mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

4. Bibir Pecah-Pecah

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

5. Kulit Merah dan Berminyak

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

6. Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7. Rambut Nipis

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

8. Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

9. Mata Merah

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

10. Luka Lambat Sembuh

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010

Shaklee Difference

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 

Sustained Release Vita-C mengandungi:

1. Kandungan Vitamin C yang tinggi.

2. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

3. Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

4. Merupakan Vita C pertama yang natural: TIADA perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

5. Bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.

6. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

* 100mg dilepaskan bagi setiap 1jam selama 5 jam tanpa henti! 

7. Satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.

8. Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg 

9. Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.

Sumber Makanan


Kebanyakan pendapat mengatakan sumber vitamin C yang banyak datangnya dari buah oren. Realitinya, guava memiliki kandungan vitamin C yang lebih iaitu 183.5 mg vitamin c setengah hidangan iaitu melebihi tiga kali ganda jumlah vitamin C yang disarankan dalam sehari, 60 mg.

Walaubagaimanapun, angka ini bergantung kepada cara penyediaan seseorang individu tertentu, kerana vitamin c adalah jenis vitamin mudah larut dalam air. Jadi tahap vitamin c akan berkurangan apabila disimpan dalam keadaan lembap atau basah bersama air atau dimasak dengan air yang banyak. 

Seelok eloknya, buah-buahan dan sayuran ini dimakan mentah bagi mengekalkan kesegaran kandungan vitamin C tersebut. 

Terdapat pelbagai contoh lain sumber vitamin C yang mudah didapati antaranya strawberi, tomato, brokoli, betik, mangga, nenas dan lain lain lagi.

Dos Pengambilan

1. Untuk kesihatan optimum, cukup sekadar 1 biji sehari selepas sarapan

2. Untuk kulit kusam dan inginkan kulit yang cantik, seeloknya 2 biji Vitamin C selepas pengambilan ESP SHAKLEE atau COLLAGEN SHAKLEE


Panduan Pilih

Vitamin C sangat sesuai diambil oleh siapa-siapa yang mengamalkan VITALEA SHAKLEE untuk mendapatkan penyerapan vitamin yang optimum.

No comments:

Powered by Blogger.