EEQA LIFE: Makanan yang Pelik dan Menarik di Kota Bharu, Kelantan (Harus Baca)


Baru-baru ni kami sekeluarga ke Kota Bharu kan? Memang best rupanya makanan di Kelantan. Semua sedap-sedap. Manis tu wajiblah kan. Tak manis bukan makanan di Kelate. kihkih. Ada
makanan yang boleh masuk tekak Eeqa, ada yang memang pelik tapi orang-orang di Kelantan suka. Nak buat macam mana, memang makanan tradisi mereka kan.

Semua makanan yang ada ni di suggest oleh Mak Lang baru Eeqa iaitu kak Nora. Tempat-tempat untuk dapatkan makanan ni pula di Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Kedai Bahulu berdekatan homestay, Kedai Makan Gua Musang, Rumah Kak Nazula, belakang Bazar Buluh Kubu dan Besut, Terengganu. Jalan sakan kami masa tu. Penat tapi berbaloi.


Restoran Kak Zah, Gua Musang, Kelantan


1. Nasi Kerabu Rendang Daging 

Nasi Kerabu di Restoran Kak Zah ni terletak di Gua Musang, Kelantan. Kalau lalu di Gua Musang jangan lupa singgah sini ye. Rasanya nasi dia tak pakai pewarna, pakai daun, warna pun tak biru sangat. Memang sedap. Eeqa makan nasi kerabu ni dengan rendang daging. Nyum2


2. Kuih Gegetas Bulat

Kuih ni kalau kat Kuala Lumpur bentuknya leper kan? Kan sini bentuknya bulat. Kami ingat kuih apalah. Rupanya kuih gegetas. Ala yang kenyal-kenyal tu.


Pasar Siti Khadijah




3. Keropok Lekor

Kat sini ada jual banyak juga keropok lekor. Eeqa suka keropok lekor kat sini sebab ikan dia banyak tapi tak melebihi tepungnya. Maksudnya apabila makan tu stil rasa kenyal-kenyal tapi still rasa ikan. Ada kan keropok lekor yang banyak sangat ikan sampai tak sedap rasanya. Yang ni memang sedap. Kalau yang jenis besar boleh minta makcik ni potong. Free off charge. Yang dipotong ni lebih nipis dan rangup selepas digoreng. Sedap3. 


4. Jala Emas

Haaa. Jangan salah anggap jala emas ni dengan roti jala mahupun jala ikan sebab jala ni diperbuat daripada emas. kihkih. Gurau jak bak kata orang Sabah. Jala emas ni diperbuat daripada kuning telur. Rasanya pun teramatlah manis. Tapi orang Kelantan kata just nice. Tak menahan manis just nice mereka ni. Eeqa rasa manis betul. haha. Jalan sini jangan lupa cuba ni ye. 1 bekas ni RM5 je.


5. Kuih Tahi Itik

Kuih tahi itik ni pula diperbuat dari putih telur ayam. Rasa dia, hmmmmm pelik juga. Kalau nak tau rasa dia, cubalah. hihi


6. Pisang Kelat Keling

Kahkah. Nama pisang ni ada kelat rupanya. Memang kelat sikit rasa dia. Lepas makan, kat hujung-hujung dia ada rasa kelat. Tapi sedap dan manis. Cari makcik ni ye kalau nak beli pisang ni. 




7. Kacang Pol

Walaupun rasa dia macam kacang tanah je, tapi disebabkan nama dia yang unik, Eeqa masukkan kat sini jugalah ye.






8. Tapai Pulut Hitam dan Tapai Pulut

Yang atas tu tapai pulut hitam, bawah tapai pulut. Manis dan sedap sungguh rasanya. 8 biji Rm2, murah yang teramat sangat. Best.




9. Karipap Sardin

Ni karipap ye jangan tak tahu. Karipap ni digulung-gulung je. Unik-unik.



10. Laddu

Ni nama dia laddu. Elok makan kalau anda rasa sejuk-sejuk badan sebab lepas makan anda akan rasa panas-panas je badan. Dia bukan kenyal-kenyal ye.


Jalan Pasir Hor berdekatan Homestay



11. Bahulu Telor

Cuba tengok bahulu tu, bentuk bujur telor kan? Sebab tu nama dia bahulu telor. Sangat sedap dan merupakan favourite kami sekeluarga. Bahulu dia memang lembut. Sedap sangat. Sempat borong 25 bungkus masa tu. Terbaik.


12. Nasi Tumpang

Nama dia nasi tumpang sebab nasi da lauk-lauk dihimpit dalam daun pisang. kahkah. Kelakar juga bunyinya. 



13. Percik Perut Ayam


Rumah Kak Nazula @ Jalan Kebun Sultan

14. Kuih Akok

Kuih Akok ni diperbuat daripada telur ayam kampung. Nak dapat akok yang fresh, jom datang sini.



15. Nasi Dagang

Sedap sehingga menjilat jari hokey. Memang sedap. Nasi dia lembut, kuah kari ikan yang pekat. Boleh juga makan dengan kari ayam, tapi Eeqa tak cuba kari ayam sebab kari ikan dia memang superb. 2 kali ye bertambah.



16. Kuih Pulut Dakap

Haaaa. Bagi peminat setia burasak, jangan salah anggap. Yang tengah tu bukan burasak ye. Tu pulut dakap. Sebab kuih tu dibungkus dan diikat kuat2 tu yang dakap bunyinya tu. Aiyoo macam-macam. Memang culture shock la datang Kelate ni. Semua nama dia tak pernah dengar. Dalam pulut dakap ni ada pulut yang diisi pisang dalamnya. macam lepat pisang lah rasa dia. Boleh cuba ye.



Belakang Bazar Buluh Kubu

17. Sotong Mesin @ Sotong Lenyek

Sotong ni macam sotong yang ada gula tu, tapi orang Kelantan makan sotong ni cicah sos. Nak dapatkan sotong lenyek ni boleh cari makcik ni di belakang Bazar Buluh Kubu ye.




Gambar Sepanjang majlis Perkahwinan dan Sepanjang Perjalanan Kami di Kota Bharu, Kelantan


Di Gua Musang





 



Di Wakaf Che Yeh






Di Homestay @ Jalan Pasir Hor


 RM20 semalam, cantik dan luas












Di Majlis Persandingan








Rumah Kak Nazula @ Jalan Kebun Sultan





Di Besut, Terengganu



Pak Lang dan Mak Lang. Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Sehingga Ke Jannah. Amin.


 

Semoga Terhibur dan Selamat Melancong

Luv Ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.