EEQA LIFE: Cara Auto Post Entri Blog ke Personal Facebook dan Page

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Malam ni ada gerhana bulan kan? Semua dah solat sunat gerhana bulan? Kalau dah alhamdulillah. Malam ni nak share cara auto post entri blog ke personal facebook dan page. Dulu masa blog lama Eeqa ada buat benda ni. Tapi dah lupa, harini dok study2 baru ingat balik macam mana nak buat. Siap dah ajar dalam group BLOG & SEO. Harapnya mereka fahamlah ye. Kalau tak faham boleh refer sini. 

Ok, Eeqa guna khidmat aplikasi Facebook - RSS Graffiti on Facebook




Menggunakan aplikasi ini, anda boleh dapatkan sumber ping dan terus kongsikan ke dinding Facebook anda - samada di dinding (wall) peribadi, group atau fanpage yang dikendalikan oleh anda. Ada Sources dan ada Target.

Anda boleh letakkan seberapa banyak sumber perkongsian untuk anda paparkan di dinding facebook. Ia akan menjadikan dinding Facebook anda kaya dengan informasi.

Menerusi RSS Graffiti ini, anda boleh konfigurasi sumber perkongsian anda dari segi masa untuk diterbitkan, jumlah post, sumber post dan target post anda.



Mudah kan?

Lihat hasil penggunaan RSS Graffiti ini di dinding Facebook Eeqa.



Senang, mantap, mudah, I likeeeeeee.


Cara Untuk Buat Autosharing Entri Blog Menggunakan RSS Graffiti

1. Anda perlu login terlebih dahulu ke akaun Facebook anda.

2. Pergi ke aplikasi ini RSS Graffiti on Facebook


3. Tekan Add New Publishing Plan

4. Masukkan url sumber anda - samada url atau url rss feed blog anda, contoh: www.nureeqa.com 


5. Masukkan target, ia akan senaraikan target buat anda ... pilih mana satu yang menjadi pilihan anda. Yang ni Eeqa pilih personal facebook.

6. Klik preview untuk lihat hasilnya.

7. Save konfigurasi RSS Graffiti anda.

8. Tambahan, kalau nak letak ayat macam dalam facebook Eeqa ni, boleh edit di bahagian advanced, pilih static text + Item's title:





Siap, maka anda boleh dengan secara malasnya berkongsi entri blog secara automatik - tanpa perlu anda login dan ping sendiri ke wall facebook.

Selamat mencuba.

Luv ya

*Apa-apa tak faham boleh tinggalkan komen di ruangan komen, Eeqa akan cuba bantu sebaik mungkin. Daaaa


No comments:

Powered by Blogger.