EEQA KITCHEN: Resepi dan Khasiat Sup Ekor Untuk Tenaga Batin? Sangat 18SX


Sup ekor? Ekor lembu? Ok sound not so familiar langsung dengan menu hidupku. Haha. Today my mum masak sup ekor lembu, mula2 ingat sup daging lembu, rupa-rupanya??? Jeng jeng jeng.
Ekor hokey. Rasanya sukar digambarkan. Hahahaha. My dad yang request this menu for our lunch.

Sebelum masak dan makan sup ekor kita ni, jom tengok apa khasiatnya. Jika dimakan semasa panas, sup ekor lembu ini mampu membantu anda untuk mendapatkan tenaga batin secara terus.  Renehkan sup ekor lembu dengan bahan-bahan seperti bawang putih dan daun sup untuk khasiat maksimum.  Dimakan dua atau tiga jam sebelum melakukan hubungan seks anda. Hahaha. 18SX sungguh bunyinya. Haha. Patutlah tak pernah makan sup ekor ni.

Jom kita tengok resepinya. Manalah tahu terbuka hati untuk mencubanya. hehe

 Bahan-bahan:

125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
500g ekor lembu
2 sb ketumbar tumbuk (guna serbuk pun boleh)
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato
6 cwn air  (guna 4 cawan air pun boleh)
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu (tak letak)
1 biji kentang - didadu  garam, lada hitam yg baru dikisar daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis:

4 bj buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2 ( aku ketuk ja, tak hiris pun)

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan .
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

Catatan: Untuk jimat masa, masak sup ni dalam masa 25minit dengan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1L @ 4 cwn shj.

***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.

No comments:

Powered by Blogger.