EEQA KITCHEN: Resepi Congo Bar yang Simple dan Sedap

12:00 PM

Apo bondo Congo Bar ni weh? haha. Tu lah soalan yang bermain di fikiran masa mula-mula dengar nama congo bar ni. Ingatkan jenama coklat terbaru, tapi takkan daku tak tahu? Kannnn. Pelik sangat la tu kalau tak tahu. 

Congo bar ni sejenis kek rasanya. Bahan-bahan dia setakat campak-
campak je. Senang sangat kalau nak buat. Lagi kelakar pasal congo bar ni kan, masa sebelum dengar nama congo bar ni, adik ada buat sejenis kek yang sangat tebal keknya. Dalam hati memang nak tau sebenarnya apa nama kek tu. 

Tanya dekat mak, lagilah mak tak tau. Nak tanya bukan sebab sedap, tapi cam pelik nape tak sedap? haha. Marah adik kalau dengar ni. Dok search2 internet barulah tau yang dia buat tu ghupenye congo bar. Acener lah boleh pelik bonar rupenye. hahahahahahaha. 





Jom tengok step by step buat Congo Bars ni.


310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik Baking Powder
250 Butter ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik Esen Vanilla


Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje. 




Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje.


Masukkan Esen Vanilla.


Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.


Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.


Resepi ni guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.


Ratakan kesemua bahagian.


Taburkan coklat cip.


Boleh juga kalau nak letak almond slice. Tapi kalau letak almond slice banyak camni, bila potong jadi comot sikit. Kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.


Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.


Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang.


Dah sejuk betul baru kita potong. Dalam gambar ni potong 6 x 6. So dapat 36 biji. Bila dah potong kita alaskan dengan paper cup ni. Nampak comel aje kan. Sedia untuk di ngappppp.

Selamat mencuba.

Luv ya

-Eeqa-

Sumber: google

No comments:

Powered by Blogger.