EEQA KITCHEN: Resepi Beef Steak Black Pepper

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. walaupun Eeqa sekeluarga sakit mata sebab berjangkit dengan sepupu masa balik kampung tempoh hari. Adoi. Tidur je kerja ni. Hari ni nak share resepi beef steak black pepper hasil lembu korban tempoh hari. Mengidam sangat nak makan ni. So, Eeqa dengan adiklah mengerjakan lembu masa tu untuk buat steak. 

Ok, resepi ni Eeqa dapat hasil carian google tapi ayat semua Eeqa buat sendiri la ye. Resepi beef steak black pepper ni Eeqa dah cuba 2x dan lepas buat memang ramai yang puji sedap.

Untuk steak ni bahan yang paling penting anda perlukan adalah daging. Boleh didapati di mana-mana pasaraya yang ada jual. Tempat lain Eeqa tak sure tapi dekat giant confirm ada. Daging2 steak ni biasanya dia dah potonf siap2 dan diletakkan di bahagian frozen. Boleh cari di bahagian situ. Eeqa pula masa buat steak ni hari raya korban kan? So memang melimpah ruah lah daging yang ada. Eeqa tak potong besar2 tapi potong nipis2 sebab nak makan ramai2, so nak make sure daging tu betul2 masak.




Bahan-bahan untuk perap daging:


Utk perap daging, Eeqa guna sos dlm botol yg ada di jual kat pasaraya tu. Macam-macam jenis sos BBQ ada, Eeqa perap guna sos black pepper dan sos mushroom. Sos yg sama Eeqa gunakan utk buat gravy steak ni. Then, perap lah paling kurang stgh jam supaya bahan perapan betul-betul menyerap.


 Sos black pepper, sos mushroom dan mayonis yang Eeqa guna.


Daging yang diperap menggunakan sos black pepper dan sos ita



Bahan-bahan untuk koleslaw:


1. Kobis di racik halus
2. Karot di racik halus
3. Mayonis secukupnya
4. Bawang besar dihirs (tak nak letak pun tak mengapa)
5. Sedikit serbuk black pepper
 Kobis dan karot yang diracik halus
Campurkan sedikit bawang besar yang di hiris, mayonis dan black pepper

Sayur yg dah di racik tadi anda campurkan dengan mayonis dan serbuk black pepper dan bawang besar. Selepas itu gaul dan ramas2kan sedikit.



Siappp. Sejukkan dalam peti sejuk. Masa nak makan baru hidang, makan sejuk2 baru sedap sebiji macam KFC punya.

Bahan-bahan untuk sayur:


Ni untuk sampingan je. Nak buat boleh, tak nak pun tak pe. Sebab dah ada koleslaw tadi pun dah cukup. Eeqa tu sajian ni dengan French Fries. Baru ada karbohidrat kan. Bahan-bahan untuk buat ni anda perlukan brokoli, tomato kecik, asparagus, dan jugak cendawan. Boleh tukar sayur2 lain kalau nak ye. 

Pastu sayur2 tadi anda campurkan dgn rempah2 ni. Nak lg senang beli yang Mixed Herbs punya. Kalau habis atau takde, boleh guna oregano dan rosemary. Lepas tu tambah garam sedikit.

Utk memasak, guna minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak biasa pun boleh. Takde hal. Tambah sesudu besar mentega/butter utk kasi aroma lg best. Seelok2nya guna kuali non-stick ye.Pastu masak sayur2 dulu. Masak sampai agak2 layu sket dan tomato tu lembik2 sket. Selepas itu dan masukkan dalam pinggan.



Bahan-bahan untuk daging steak:


Langkah seterusnya, gunakan kuali yg sama td, tambahkan butter sket dan olive oil sket. Kemudian, masukkan daging yang diperap tadi. Masak sampai daging betul-betul masak. Masa buat steak kat kampung masa tu, kami pakai pemanggang arang tu. Klasik kan? Atas pemanggang jangan lupa letak aluminium foil supaya daging anda tadi tak kering sangat. Masa ni pakcik Eeqa yang masak. 15 minit sebelah bahagian, 15 minit sebelah lagi bahagian. Lepas tu try potong, kalau senang potong dan gigit tak liat maknanya dah masak la tu. Bila dah siap, keluarkan dan letak dalam bekas.


Ni lah pemanggang yang kami gunakan. Pemanggang ajaib takde, ni pun boleh. Alas dengan aluminium foil dan letakkan sedikit butter di bawah daging. 


Bahan-bahan untuk Gravy:


Eeqa guna serbuk ni. Boleh di beli di pasaraya Tesco. Cari kat bahagian rempah2. Ada macam2 jenis kat situ. Masa buat untuk ramai2 ni Eeqa guna sampai 7 paket. Memang banyak hasilnya. 






Langkah2 buat sos black pepper. Ambil air sebanyak 300 ml dan masukkan dalam periuk/kuali khas.. Selepas itu tuang kesemua serbuk peket di atas. Masak atas api yg kecik dan kacau2 sampai serbuk tu sebati dgn air , takmo berketul2.


Pastu campurkan dgn 3 sudu besar sos black pepper Life dan 1 sudu besar sos mushroom brand Ita dan kacau sebati.

Masak sekejap aje sampai menggelegak. Siappp. Kalau pekat sangat tmbh jelah air panas sket. Sos kat atas ni kalau korang nak guna brand lain pun boleh. Suka hati je ye. Kedua-dua sos ni yang Eeqa guna untuk perap daging tadi. 

Last sekali serve macam ni. Letak daging sikit, curahkan gravy atas dia. Lepas tu letak koleslaw sesudu dan french fries sikit. Siaapppp.


 Tadaaa. ni lah hasilnya. Nyum2


Ni makanan masa jamuan tempoh hari. Sup gear box pun ada. Menyengat


 Sempat selfie sebelum tengok lembu disembelih.


 Selfie with my brother and sister dan sepupu depan rumah nenek. Saya yang baju hijau. 

Selamat Mencuba.

Luv Ya.

1 comment:

Powered by Blogger.