BISNES: Bagaimana Messi, Barcelona Menjadi Pemain Terbaik Berbanding Coachnya oleh Tuan Zuhairi Mohd Nopiah

Bergambar kenangan bersama Tuan Zuhairi, Eira dan Hidayah. Anda semua layak untuk berjaya. Muka ku pun makin flawless dan glowing lepas amalkan dengan consistent ESP, Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan baru-baru ni tambah Zinc untuk elakkan jerawat.

Assalamualaikum semua. Semoga anda semua dalam keadaan baik. Semalam Eeqa baru pergi kelas LUA NLP Power Coaching bersama Tuan Zuhairi. Kelas yang simple tapi padat pengisiannya. Eeqa sangat-sangat release dan lepas segala masalah. Lagi-lagi lepas nangis dan gelak sakan bersama keluarga Shaklee Eeqa. Sangat best. 

Siapa Tuan Zuhairi ni?

Nama: Zuhairi bin Mohd Nopiah.

Kelulusan: Master Trainer, Professional Learning Facilitator (PLF)

Biodata Ringkas :

Memperolehi ijazah Sarjana Muda di Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 1998 dalam bidang Ekonomi dan Kewangan. Beliau juga memiliki Sijil Pengajian Syariah Universiti Malaya (UM), Sijil Pengajian Usuluddin (UM) dan Sijil Pengajian Al-Quran (UM).

Mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Eksekutif Latihan di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, kaunseling, pemantapan personaliti, team building, bengkel pengurusan strategik dan kursus-kursus kemahiran yang lain.

Lagi biodata Tuan Zuhairi boleh baca di sini: BIODATA TUAN ZUHAIRI

Bagaimana Messi, Barcelona Menjadi Pemain Terbaik Berbanding Coachnya dan 10 Cara Coaching yang Baik



1. Coach ialah membawa seseorang keluar dari masalah diri mereka.

2. Selalunya orang yang gagal adalah orang yang ada masalah dengan diri sendiri.

3. Kenapa Messi boleh jadi pemain bola sepak terbaik berbanding Coachnya? 

Sebab dia ada Coach yang terbaik dan Coach boleh lihat, nampak dan pantau apa yang Messi buat untuk capai matlamat @ kejayaan. Diri kita sendiri tak kan nampak segala maslah dan kesilapan kita, fungsi Coach untuk tegur dan bantu.

4. Coach dan cikgu adalah berbeza, cikgu lebih kepada mengajar.

5. Coach dapat memberikan jawapan dalam bentuk soalan sebab jawapan yang diberikan oleh anak didik Coach adalah dari hati mereka sendiri dan tak boleh lari.

6. Nak sedarkan anak didik, Coach perlu bagi soalan yang sentap supaya mereka berubah.

7. Apabila ada salah tanggap antara Teach dan Coach, anak-anak atau staff anda tidak akan ikut atau berubah kerana mereka rasa seperti di arah-arah.

8. Mentor dan Coach juga berbeza, Mentor seorang yang diikuti kerana sudah berjaya dan bercerita dari pengalaman, Coach tak semestinya dan berjaya baru boleh jadi Coach. 

9. Kita semua boleh jadi Coach tapi tidak Mentor.

10. Group Coaching boleh ikut SOIF Coaching.

Sharing is caring. Boleh copy dan paste untuk memanjangkan lagi ilmu yang baik.

 Bangga Eeqa dapat bagi cenderahati kepada Tuan Zuhairi

 Bergambar kenangan bersama Tuan Zuhairi

 Anak-anak Shaklee yang menjadi pemangkin semangat Eeqa untuk lebih banyak membantu mereka dan untuk sama-sama berjaya. Amin

 Sahabat Shaklee yang banyak membantu dan ada dikala susah senang, jatuh bangun.

Keluarga besar Permata Jutawan, Snar Jutawan dan Teguh Jutawan Shaklee. Luv u all. Ukhuwah fillah abadan abada.

Luv ya
-Eeqa-

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.