BERITA HARI INI:Atmosfera Tidak Stabil Punca Puting Beliung

8:00 AM


KUALA LUMPUR 21 Okt, - Kejadian puting beliung yang berlaku di Pandamaran, Klang, dekat sini, kira-kira pukul 2.30 petang ini
dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan atmosfera.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu disebabkan oleh faktor kelembapan udara yang tinggi dan penumpuan angin di paras rendah serta ketidakstabilan atmosfera yang bertindak sebagai pemangkin bagi pembentukan awan ribut petir berskala besar.

“Pihak kami telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat kira-kira pukul 1.53 petang. Namun berdasarkan gema radar cuaca, pembentukan awan keamatan tinggi mula terbentuk sekitar pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 3.10 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, beberapa kerosakan terhadap struktur bumbung bangunan serta pokok tumbang di sekitar kawasan itu turut dilaporkan.

Tambahnya, kejadian ribut petir dan hujan lebat adalah satu perkara biasa dalam tempoh terdekat ini berikutan berlakunya musim peralihan monsun.

*Sebarang komen boleh tinggal di ruang di bawah. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan maklumat dan tip2 menarik.

No comments:

Powered by Blogger.