BERITA HARI INI: Dua Juta Penerima BR1M Tiada Akaun Bank

8:00 AM

Pengumuman. Siapa tiada akaun lagi? Buatlah akaun cepat ambil BR1M anda ni. Ruginyalah tak dituntut. Tak yah la kena ada majlis nak ambil BR1M ni, habis duit kerajaan nanti. Baik kita salurkan kepada perkara yang berfaedah kan. Di bawah ini berita selanjutnya:

PONTIAN - Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 tiada mempunyai akaun bank bagi memudahkan bantuan tersebut disalurkan terus kepada mereka.

Justeru, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta mereka membuka akaun sebelum proses pembayaran bagi fasa pertama sebanyak RM300 pada Januari tahun depan.

Beliau berkata, penghulu, ketua kampung serta pemimpin di peringkat akar umbi diminta membantu masyarakat yang ingin membuka akaun di 5,000 ejen bank Bank Simpanan Nasional (BSN) berdaftar terutamanya masyarakat luar bandar.

“Kementerian berharap mereka yang masih belum membuka akaun supaya dapat berbuka demikian bagi memudahkan urusan pembayaran dilakukan tanpa majlis-majlis penyampaian seperti sebelum ini," katanya selepas menjadi tetamu pada program Orang Kita anjuran RTM di Homestay Kampung Puteri Menangis, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.