TIPS: Perkara Mengenai Asid Folik dan Vitamin B Anda Wajib Tahu Sebelum Anda Ambil


Selamat petang semua. Sihat? Harap semua awsome dan hebat la ye. Nak jadi orang hebat anda perlu bersama orang-orang yang hebat. Orang-orang yang negatif sila jauhkan. haha. Semalam Eeqa jumpa ramai orang-orang hebat dan sedut aura mereka. Memang best.

Asid Folik

Hari ni kita cerita benda yang lebih ilmiah sikit la ye. Mengenai asid folik dan vitamin B. Kita fokus pada asid folik dulu. Asid folik juga dikenali sebagai
vitamin B9, folate dan folacin. Asid folik akan lebih berkesan jika disertai dengan vitamin B12 yang berfungsi untuk menghasilkan sel darah merah. Jika anda kekurangan asid folik ini, anda akan terdedah kepada penyakit anemia.

Bagi anda yang merancang untuk hamil dan sedang hamil, doktor akan mengesyorkan anda mengambil asid folik ini beberapa bulan sebelum hamil. Ini adalah kerana ia berfungsi untuk mencegah kelahiran pra-matang dan mencegah kecacatan pada janin yang dipanggil 'spina bifida', keguguran dan komplikasi plasenta.


Asid folik juga berfungsi bagi mencegah penyakit jantung iaitu dengan merendahkan tahap asid amino dalam darah. Selain itu, ia juga berfungsi dalam menjaga kesihatan kulit, kuku, saraf, mucous membrane, rambut dan kesihatan darah anda.

Sumber Asid Folik

Avocado, saderi, brokoli, buah sitrus, hati, salmon, sayur berdaun hijau, kekacang, jus oren, pecan dan lain-lain lagi.


Kesan Kekurangan

  • Pembahagian sel terjejas
  • Anemia
  • Sakit kepala
  • Kurang selera makan
  • Cirit-birit
  • Keletihan
  • Pucat
  • Insomnia
  • Kekurangan asid folik ini selalunya terjadi kepada wanita hamil yang tidak mengambil suplemen asid folik yang cukup, peminum arak, dan remaja yang mengambil makanan yang seimbang (poor diet).


Kegunaan Asid Folik

Asid folik banyak digunakan untuk merawat pesakit anemia, arteriosclerosis, kanser, sembelit, tekanan perasaan, cirit-birit, gingivitis, gout, sakit jantung dan penyakit kardivaskular.

Dos yang Dibenarkan

  • Untuk dewasa dibenarkan sehinggan 400 mcg.
  • Untuk wanita hamil dan menyusukan anak perlu ambil sehingga 800 mcg.
  • Mesti dalam bentuk 5-methyl-tetra-hydrofolate kerana dalam keadaan bioactive.


Side Effect Akibat Pengambilan Asid Folik

Asid folik adalah selamat untuk diambil. Kesan pengambilan asid folik yang berlebihan menyebabkan simptom penyakit kekurangan vitamin B12. 

Sebarang Tindak-Balas

Antasid akan mengganggu penyerapan asid folik. Gangguan juga akan berlaku kepada anda yang mengambil antibiotik dan ubat untuk pesakit malaria dan sawan dan asid folik. 

Itu sahaja sharing hari ini. Eeqa ingat nak cerita Vitamin B sekali tapi macam padat sungguh entri hari ni. Nanti Eeqa buka entri baru untuk Vitamin B ye. Semoga ilmu yang sikit ni mampu menolong anda. In shaa Allah. 

Luv ya.

______________________________________________________


Anda berminat nak cuba suplemen B Complex dari jenama Shaklee?

Nutrition Fact: Sebiji B Complex Shaklee membekalkan 200 mcg (Vitamin B9) untuk keperluan harian yang membantu untuk mengurangkan stress, menambahkan tenaga, mencegah anemia, mengandungi asid folik yang baik untuk wanita hamil, meningkatkan konsentrasi, awet muda dan melambatkan proses uban.*


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Powered by Blogger.