TIPS: 15 Perkara Tentang Kalsium yang Anda Perlu Tahu



Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih bernafas dan mampu lagi baca blog saya ni ye. Harini Eeqa berbesar hati nak share mengenai:

15 perkara tentang kalsium yang anda perlu tahu:




1. 99% kalsium dalam badan kita disimpan di dalam tulang, 1% digunakan untuk fungsi lain seperti pertumbuhan otot, dalam penghantaran impuls, pembekuan darah dan denyutan jantung.

2. Report pada tahun 1997 daripada National Academy of Sciences, bagi orang dewasa dan kanak-kanak mereka hanya mendapat separuh sahaja kalsium yang duperlukan daripada makanan yang dimakan.

3. Kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan tulang2 kita menyerap ke semua kalsium yang ada dan pada jangka masa panjang boleh menyebabkan penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.



4. Kalsium boleh didapati melalui makanan semulajadi seperti susu, keju, daun hijau, salmon, badam, brokoli, tofu, yogurt dll.

5. Kesan kekurangan kalsium boleh menyebabkan kejang otot, tekanan darah tinggi, sentiasa gelisah, gigi reput, ricket, kuku yang rapuh, kesakitan pada joint, 'numbness' pada kaki dan tangan.

6. Kalsium boleh membantu anda yang mempunyai masalah insomnia, kanser kolon dan banyak lagi.

7. Bagi lelaki anda memerlukan 800mg kalsium, bagi wanita 1200mg, ibu mengandung dan menyusu anak memerlukan sehingga 1500mg.

8. Kalsium adalah lebih efektif jika diambil oleh badan dalam kuantiti yang sedikit iaitu bahagikan kepada 2 @ 3 dos. Seeloknya di ambil 1 jam sebelum makan @ 2 jam sebelum makan dan sebelum tidur daripada mengambil keseluruhan dalam 1 dos yang besar.

Contoh anda perlukan 1200mg kalsium, bahagikan kepada 2 kali masa pengambilan, pertama 600mg 1 jam sebelum makan dan kedua 600mg sebelum tidur.

9. Suplemen kalsium sentiasa dikombinasikan bersama bahan lain @ garam. Biasa yang digunakan:

Calcium carbonate
Calcium citrate
Calcium gluconate
Kalsium lactate

Dan yang paling baik diserap oleh badan adalah calcium citrate dan calcium carbonate.

10. Pengambilan sebarang jenis kalsium mesti dikombinasikan bersama magnesium supaya lebih berkesan. Ratio kalsium kepada magnesium mestilah 2:1 sebaiknya.

11. Pengambilan kalsium berlebihan boleh menyebabkan sembelit dan disimpan di dalam tisu badan.

12. Sebarang suplemen kalsium tidak sesuai diambil oleh pesakit batu di dalam buah pinggang atau yang mengalami penyakit buah pinggang.

13. Jika anda nengambil sebarang suplemen yang mengandungi iron @ zat besi seeloknya jarakkan masa mengambilan kalsium iaitu sekurang-kurangnya 2 jam selepas pengambilan iron tadi.

14. Untuk memastikan kalsium diserap sebaiknya, suplemen kalsium anda mestilah mempunyai Vitamin D.

15. Tetapi jika anda seorang yang selalu terdedah kepada sinaran matahari, anda adalah tidak memerlukan suplemen Vitamin D.

Baru tahu kan? Jom sampaikan kepada rakan2 anda yang belum tahu mengenai fakta kalsium ni.

Sharing is caring.

Luv ya.
______________________________________________________


Anda berminat nak cuba suplemen Ostematrix dari jenama Shaklee?

Nutrition Fact: Sebiji Ostematrix Shaklee membekalkan 250mg Calsium yang terdiri daripada Calcium Carbonate, Calcium Citrate dan Calcium Citrate Malate untuk keperluan harian, 100IU Vitamin D dan 100mg Magnesium yang membantu untuk pembentukan tulang, gigi dan kuku selain membantu bagi anda yang mengalami kejang otot, sembelit, insomnia dan banyak lagi.*


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Powered by Blogger.