PENYAKIT: Punca Lemah Jantung dan Cara Mengurangkannya

Source: Google


Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari. Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Amin. Hari ini Eeqa nak membincangkan penyakit yang paling ditakuti ramai iaitu penyakit Lemah Jantung. Eeqa merupakan hanya Lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam, tetapi info-info di dalam post ini sudah diselidik dan sudah ditanya daripada pakar sebelum ianya ditulis.


Sebelum tu mari kita baca mengenai:

Apa itu Penyakit Lemah Jantung? 
Punca Penyakit Lemah Jantung?
Simptom Penyakit Lemah Jantung?
Ujian Pemeriksaan Jika Anda Mengalami Simptom Lemah Jantung?

Nasihat Umum kepada Pesakit Lemah Jantung?

Cara Rawatan Pesakit Lemah Jantung?

Cara Mengatasi Penyakit Lemah Jantung?


Source: 
Dr. Beni adalah seorang pakar kardiologi yang bertugas di Kuala Lumpur

Penyakit lemah jantung (congestive heart failure) bukan penyakit yang spesifik. Ia lebih merupakan kesan atau akibat dari beberapa faktor atau apa-apa penyakit lain yang boleh menyebabkan jantung anda menjadi lemah. Dianggarkan terdapat seramai 3 hingga 20 pesakit lemah jantung bagi setiap 1000 orang. 


Bagi mereka berusia > 65 tahun ke atas, jumlah ini meningkat sebanyak 100 bagi setiap 1000 orang. pesakit lemah jantung juga menyumbang kepada 10% dari jumlah kemasukan pesakit di hospital Malaysia. Dan dalam tempoh setahun, hampir 45% pesakit jantung terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.


Punca Penyakit Lemah Jantung?




Di antara penyakit yang secara lazimnya boleh mengakibatkan jantung menjadi lemah adalah:
1. Serangan jantung
2. Tekanan darah tinggi
3. Injap jantung rosak
4. Jangkitan virus (viral cardiomyopathy)
5. Penyakit kongenital / sejak dilahirkan (contoh: Jantung berlubang)
6. Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
7. Penyakit jantung akibat alkohol (alcoholic cardiomyopathy)



Source: body-disease.com

Simptom Penyakit Lemah Jantung?

Mereka yang mempunyai jantung yang lemah mungkin tidak akan mempunyai sebarang gejala atau simptom pada peringkat awal. Namun simptom berikut boleh timbul secara perlahan atau mendadak dan secara lazimnya mereka yang mempunyai lemah jantung akan mengalami beberapa tanda-tanda seperti berikut:

1. Cepat kepenatan (boleh disalah ertikan sebagai lelah)
2. Semput nafas ketika menaiki tangga atau berjalan jauh
3. Bengkak kedua belah kaki (seperti ada mendapan air di bawah kulit)
4. Tidur memerlukan bantal yang tinggi (lebih daripada dua bantal) atau dalam posisi duduk
5. Terjaga ketika waktu tidur (akibat sukar bernafas)

Ujian Pemeriksaan Jika Anda Mengalami Simptom Lemah Jantung?

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk menjalani beberapa pemeriksaan atau ujian seperti:

1. ECG
2. X-ray dada
3. Ujian darah
4. Echocardiogram

Kebanyakan ujian tersebut adalah untuk mencari punca lemah jantung. Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan kepada “punca utama” yang dikenalpasti (rujuk senarai di atas). 

Contohnya Abu dan Muthu mempunyai lemah jantung tetapi disebabkan punca yang berlainan. Abu pernah mengalami serangan jantung, tetapi Muthu mempunyai injap jantung rosak maka mereka berdua mungkin mendapat rawatan yang agak berbeza.

Dengan bantuan anda, doktor yang merawat anda perlu memastikan punca sebenar lemah jantung anda untuk memastikan rawatan yang sewajarnya diberikan.


Nasihat Umum kepada Pesakit Lemah Jantung?

Antara nasihat umum yang penting:

1. Tidak minum terlalu banyak air. 

Tidak melebihi 800ml atau 1000ml air dalam sehari (24 jam), dan ini termasuk air dari sup, kopi dan teh (Jumlah air maksimum akan bergantung kepada doktor yang memeriksa anda). Kerana air yang berlebihan akan membebankan jantung yang lemah untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini akan menyebabkan pengumpulan air di dalam paru-paru dan di kaki.

2. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan (hanya hujung sesudu teh, asingkan lauk masin atau pastikan makanan pesakit mengandungi kurang garam berbanding makanan ahli keluarga lain):  
Garam akan menyerap lebihan air yang sepatutnya dikumuhkan oleh ginjal menjadi air kencing, ini menyebabkan jumlah air di dalam badan juga bertambah.

3. Menimbang berat badan dan mencatitkan di dalam buku nota (dibawa bersama ketika temu janji klinik) – sekiranya berat anda naik secara mendadak sebanyak 1 – 2kg ini mungkin bermakna anda telah minum air yang berlebihan. Mereka yang menimbang berat akan menjadi lebih peka dalam menguruskan kesihatan mereka.

4. Aktiviti senaman / riadah yang ringkas seperti berjalan

5. Mengurangkan atau berhenti meminum alkohol dan merokok


Cara Rawatan Pesakit Lemah Jantung?

Secara amnya (tetapi tidak semestinya) pesakit lemah jantung mungkin memerlukan lima jenis ubat berikut:

1. Beta blocker
2. ACE inhibitor
3. Spironolactone
4. Digoxin
5. Lasix (frusemide)


Source: radiopaedia.org

Anda boleh merujuk kepada doktor anda sama ada ubat-ubatan di atas adalah sesuai untuk anda. Secara umumnya lemah jantung mempunyai beberapa peringkat; dari ringan hinggalah tahap yang serius. Maka setiap pesakit mungkin akan mengalami kemerosotan fungsi jantung pada kadar yang berbeza dari bulan ke tahun. Jenis rawatan dan dos ubat-ubatan yang diberikan juga adalah berbeza mengikut kadar keseriusan.

Dapatkan nasihat doktor anda sama ada ubat frusemide boleh dimakan apabila perlu sahaja atau dimakan setiap hari. Ini adalah kerana ubat tersebut adalah bersifat simptomatik (mengurangkan simptom) iaitu bermaksud anda mungkin memerlukannya pada ketika anda rasa kurang selesa (apabila semput nafas, kurang lawas kencing, atau berat badan bertambah akibat terlebih air di dalam badan). Dan ada kemungkinan anda tidak memerlukannya ketika hari panas, anda kurang minum air dan berasa agak ‘kering’.

Apabila tahap lemah jantung menjadi bertambah serius maka pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk distabilkan. Secara umumnya pada peringkat serius di antara rawatan tambahan (selain ubatan) yang boleh dilakukan adalah:

1. Cardiac re-synchronisation therapy (CRT)
2. Left ventricular assisted device (LVAD)
3. Parachute device
4. Pemindahan jantung (heart transplant)

Walau bagiamanapun rawatan tersebut hanyalah sesuai atau berkesan untuk segelintir pesakit berdasarkan kriteria yang telah ditentukan oleh kajian perubatan.

Tidak dinafikan purata jangka hayat pesakit lemah jantung adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang sihat. Secara amnya bagi pesakit lemah jantung yang berada pada tahap serius, mempunyai jangka hayat mungkin mencapai lingkungan lima tahun. 

Perangkaan ini adalah hampir sama dengan jangka hayat seperti pesakit kanser. Perumpamaan ini lebih bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa penyakit lemah jantung juga adalah kategori penyakit yang serius dan perlu diberi perhatian oleh pesakit, ahli keluarga dan masyarakat.

Mereka yang mempunyai lemah jantung harus mendapat sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan. Ahli keluarga harus faham bahawa pesakit memerlukan rehat dan juga mungkin tidak seaktif dahulu. 

Perjalanan jauh hendaklah disesuaikan dengan pengambilan ubat seperti frusemide (ubat melawaskan kencing, yang boleh dilewatkan sehingga sampai ke destinasi) supaya tidak menyukarkan pesakit ke tandas ketika perjalanan jauh.

Pesakit lemah jantung juga kerap mendapat kesan kemurungan (depression). Ini adalah kerana mereka merasa bahawa mereka tidak boleh lagi menyertai kegiatan sosial dan berbentuk kemasyarakatan. Ini harus dipandang berat oleh keluarga dan sahabat- handai. 

Aktiviti seperti senaman atau riadah ringan seperti berjalan di waktu petang bersama keluarga adalah penting untuk kesihatan badan dan minda.

Cara Mengatasi Penyakit Lemah Jantung?


 Perbincangan Eeqa bersama Dr. Azreen

'Evidence' yang dikatakan oleh Dr. Azreen agar Pesakit Lemah Jantung boleh survive.

Di atas ini merupakan perbincangan saya bersama Dr Azreen salah seorang daripada ahli group Jutawan mengenai penyakit Lemah Jantung ini. Menurut Dr. Azreen pesakit Lemah Jantung perlu menjaga pengambilan air tidak lebih 1 liter sehari. 

Daripada bukti kajian di atas juga didapati pesakit Lemah Jantung perlu mengambil 100mg CoQ10 3 kali sehari yang akan mengurangkan masalah kardivaskula.

Oleh sebab itu, anda mungkin boleh mencuba CoQ10 dan OmegaGuard daripada Shaklee. OmegaGuard berfungsi mencairkan darah supaya perjalanan darah ke seluruh badan berjalan dengan lancar kerana fungsi jantung itu sendiri sudah lemah. CoQ10 pula berfungsi memastikan kesihatan jantung dalam keadaan baik.


CoQHealth™ Plus

Kod Produk:Product Code: 10121 (30 kapsul)
CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.
CoQ10 telah terbukti mampu:
  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Help to replenish and maintain CoQ10 levels in the blood
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
CoQHealth Plus
30 biji
RM124.00
(Harga ahli: RM99.00)
Click untuk mengetahui KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

OmegaGuard™

Kod Produk:10236 (90 capsules)
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.
Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuardmembekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
OmegaGuard
90 biji
RM136.00
(Harga ahli: RM109.00)
Click untuk mengetahui KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Untuk konsultasi, pembelian dengan harga termurah atau diskaun dari 10% sehingga 20% dan sebarang pertanyaan:


1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dan arahan cara pengambilan vitamin secara PERCUMA


No comments:

Powered by Blogger.