EEQA VITAMIN: HQ Shaklee Berpindah ke Sunway Pinnacle?


Selamat Hari Malaysia semua. Nampaknya esok ramai yang bercuti sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September pada setiap tahun. Eeqa sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung melawat nenek yang sakit. No more HQ, HQ dah berpindah ke
Sunway Pinnacle, esok tak sure buka ke tidak.

Eeqa baru je pergi HQ Shaklee yang baru ni. Terletak bersebelahan dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Memang banyak perkara terjadi masa pergi hq Shaklee yang baru ni.

HQ Shaklee di Sunway Pinnacle ni berpindah daripada Empire Subang. Baru je pindah pada 22 Ogos 2014 tempoh hari. Memang cantik, elegen, canggih, superb la nak kata HQ Shaklee yang baru ni.

Mula2 datang Eeqa dah salah masuk lorong, ingat parking di sebelah kanan, rupanya di sebelah kiri. Dah salah apa lagi sila U-TURN dengan jaya. Ok, dah u-turn masuklah ke bangunan Sunway Pinnacle.

Nak cari parking pun senang di HQ Shaklee di Sunway Pinnacle ni. Pusing sampai tingkat bawah sebab bawah2 je banyak kosong. Lepas dah parking Eeqa tengok level Eeqa parking, yang Eeqa perasan E4 pada sebatang tiang. Lepas dah yakin dengan level tu Eeqa pun terus ke lift.

Masuk lift dah gabra tak tau nak tekan level berapa. Yang ada paling tinggi adalah level G. Rasanya G jela sesuai nak tekan buat masa tu. Keluar lift je betul keluar di level G dan kena ke kaunter untuk register IC dan ambil pass baru boleh naik ke atas. Canggih kan? HQ lama pun tak macam tu. Security sangat bagus di HQ Shaklee yang baru ni.

Lepas dah touch pass, lalu di laluan berpalang dan menuju ke lift kedua. Ehem2, lift ni paling canggih antara semua lift. Eeqa tak tangkap gambar pula. Kalau nak naik lift kena tekan terus tingkat yang anda nak pergi dari luar lift. Sekali tekan memang gambar habis sebab tersalah tekan level 6. Sepatutnya level 9 untuk HQ Shaklee yang baru ni. Habisssssss. Butang cancel pun tiada.

Nak tak nak tekan jela banyak2 nombor kasi level tadi error. Dengan kuat bunyi tettt keluar. Ok buat biasa je. Lepas tu tekan butang 9 untuk ke level 9. Tak de tindak balas langsung. Lift pun x menyala. Tunggu jela. Tiba2 lift dari bahagian lain berhenti dan buka pintu.

Masuk2 je biar betul takde butang ke level yang kita nak pergi? Gabra kali kedua dah ni. Yang ada butang emergency. Nasib tak tekan. Kalau tak memang buat kecoh je. Tengok dekat skrin betul lift tu ke level 9. Selamat den. Fuhh.

Masuk2 HQ Shaklee konsep sama je macam Hq Shaklee yang lama. Ambil form dan isi lepas tu ambil nombor dan tunggu. Masa ni tiada apa2 pelik berlaku. Semua smooth je padahal kat bawah tadiii... hihi..


Dah settel beli barang dan keluar dari pintu berpalang teruslah Eeqa mencari loft pertama tadi. Tadi ingat nombor ada E4 kan? Masuk lift je takde level E4, yang ada hanya B1A, B1B, B2, B3 dan B4. Dengan yakin tekan B4 rupenya salah dan kosong je. Gabra balik kali ketiga. Aiyooo. 


Masuk balik lift je try lah menekan level B1, keluar2 je betul. Bila nak bayar parki g Eeqa ada duit kertas RM50 dan sekeping RM1. Ni gabra paling tahap dewa sebab tak de duit tukar dan kena bayar parking RM2, duit pula tak cukup. Pergi ke kaunter parking pun xde orang. Pergi ke kaunter atas pula orang tu kata pergi ke tempat keluar tu nanti ada petugas bawakan duit tukar. Last2 hampeh. Takde pun. Pak guard datang buat muka terpinga2. Stress yang amat masa tu. Adoilah.


Eeqa jumpa makcik cleaner pun dia tak nak bagi RM1, dia kata tiada duit pecah, pak guard pun sama. Sedihnya la hai. Moral pasal yang ni nak datang HQ Shaklee kena bawak duit pecah banyak2 tak pun pakai TOUNCH N GO. ishk2..

Lama-lama tu pak guard pun tolong panggilkan seorang mamat bermotor. Jumpa je dia, dia cakap tak bawak pun duit pecah, dia ingat kad rosak. Hampeh hampas betul. Last2 baru dia tolong pergi pecahkan duit RM50 tu dengan membawa duit pecah. Semua RM1 pula tu. Ok jangan merungut. Alhamdulillah akhirnya Eeqa berjaya keluar ke bumi yang nyata dari HQ Shaklee ni. Hihi.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian masa datang ke HQ Shaklee yang baru. Memang kelakar tapi semua tu kenangan manis. Kalau anda pergi HQ Shaklee jangan lupa bawa duit pecah banyak2 ye. Hihi. Kbai.

Luv ya


Alhamdulillah pergi HQ baru ni daftarkan seorang 'anak' Shaklee. Pengedar ni fokus di Bangi, Bandar Hussein Onn dan Kajang, Nak dapatkan Shaklee dengan FREE Penghantaran boleh contact dia ye. Click perkataan Pengedar ni.

No comments:

Powered by Blogger.