EEQA LIFE: Tempat Makan Sedap di Batu Pahat, Johor

9:26 PM
Mercu Tanda Batu Pahat, Johor

Balik kampung. Ooooo. Balik kampung. Hihi. Mood balik kampung semalam dan hari ini. Macam biasa kami akan balik ke kampung sebelah mak di Batu Pahat, Johor kerana nenek dan atuk belah abah dah tiada dan menghadap ilahi, Al-Fatihah buat mereka. Sebelah mak pun ada nenek seorang je. Atok pun dah tiada. Balik kampung ni pun sebab cuti sekolah dan melawat nenek yang kurang sihat.

Kami bertolak pada waktu pagi lebih kurang pukul 10am dan sampai di Batu Pahat pada pukul 2pm. Dalam perjalanan
kami selalunya akan singgah makan di Muar, Johor. Tempat feveret kami sekeluarga untuk makan tengah hari.

Tempat makanan yang sedap di Muar terletak di tengah-tengah bandar Muar. Ada 2 tempat yang Eeqa dan keluarga suka singgah apabila balik ke kampung. 


Pertama: Kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah di Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000.

Tempat makan ni merupakan kedai 1 Malaysia sebab ada melayu dan cina. Untuk minuman dijual oleh 1 keluarga cina dan makanan di jual oleh keluarga Abu Bakar Hanipah. Makanan terdiri daripada Mee Bandung resepi turun temurun keluarga Abu Bakar Hanipah. Ada juga goreng-goreng kalau anda nak makan mee goreng, nasi goreng dll. Ada juga sate Muar dan soto dijual oleh sebuah keluarga di kedai ini juga. Sate walaupun kecil tak macam sate Kajang tapi memang sedap. Harga berpatutan, datang Muar jangan lupa singgah sini ye. Chef Wan dan ramai artis lagi dah datang kedai ni. Memang sedap. 


Gambar ihsan Google. Di hadapan kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Mee Bandung di Kedai Abu Bakar hanipah. Nyum2.


Kedua: Kedai Makan Tanjung Mas, Muar, Johor

Di sini suasanya macam Food Court sebab ada banyak kedai yang menjual makanan. Yang paling sedap dan ramai orang datang sini sebab asam pedas pelbagai jenis ikan, rojak petis dan otak-otak kempas. Baru-baru ni kami makan asam pedas ikan sembilang dan ikan pari serta rojak petis. Memang sedap. Kami makan di kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah tapi di cawangan Tanjung Mas. Kebetulan kedai yang sama di Jalan Abdullah. Harga sangat berpatutan juga. Semua sekali dalam RM40 sahaja. Murah dan berbaloi kan? Anda juga jangan lupa singgah ye ke sini jika melawat Muar. 

Di sekitar Kedai Asam Pedas Tanjung Mas, Muar, Johor


Kedai No. 8 Kedai Asam Pedas, Kedai No. 9 Kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Muar, Johor


Di Sekitar Kedai Makan Tanjung Mas, Muar, Johor.

Akhir sekali sebelum gerak ke rumah nenek, kami sempat beli duku dan pau. Memang manis dan sedap. Tengah musim duku rasanya.


Ok, dah makan banyak-banyak ni nasib Eeqa ada bawa Lecithin untuk bakar lemak, HerbLax dan Alfafa untuk detox. 

 dan
 Untuk Detox

Untuk Pembakaran Lemak

Untuk konsultasi, pembelian dengan harga termurah atau diskaun dari 10% sehingga 20% dan sebarang pertanyaan:


1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dan arahan cara pengambilan vitamin secara PERCUMA



No comments:

Powered by Blogger.