EEQA LIFE: Cas Positif Untuk Berjaya

1:46 PM

Assalamualaikum.  Alhamdulillah hari ni mampu ke udara lagi. Hari ni Eeqa mulakan hari dengan linangan air mata. Sedih bunyinya. Tapi takpe, Eeqa juga manusia biasa yang punya perasaaan . Cheewaahhhh. Positif sangat bunyinya.



Ok, bulan September yang penuh barakah ni Eeqa mulakan dengan semangat dan impian yang tinggi untuk capai cita-cita dan untuk mendirikan sebuah masjid. In shaa Allah amin. Tapi dugaan nya memang besar. Lagi kita nak kejar impian kita, lagi banyak Allah timpa ujian supaya hambanya lebih dekat dengan Nya.



Untuk impian Eeqa bergelar Senior Supervisor bulan ni, Eeqa perlu meningkatkan mutu jualan Eeqa supaya anak-anak Eeqa mampu bangkit bersama-sama Eeqa melalui blog. Selain itu, Eeqa juga perlu lebih fokus dan dekat dengan anak2 Eeqa. Berikan masa secukupnya kepada mereka. Follow up perkembangan dan kaji kekuatan mereka. Dan Eeqa juga perlu sentiasa mendoakan mereka.



Nampak susah kan? Tapi kemanisannya akan Eeqa rasai dipenghujungnya nanti. Membayangkan anak2 Eeqa menjadi supervisor dan mendapat income 4 angka merupakan saat yang paling manis. Kesan daripada impian Eeqa nak naik rank Senior Supervisor adalah anak2 Eeqa naik supevisor dan capai 4 angkat dalam bonus mereka. Gembira kan sapat membantu mereka.



Eeqa juga berazam untuk membeli emas pada hujung bulan September ini untuk dijadikan pelaburan mengumpul wang untuk perkahwinan Eeqa yang bakal berlangsung nanti. Amin.Memang tidak disangka sungguh banyak pertolongan mu Ya Allah melalui hamba2 mu yang lain.



Memang Eeqa tekad untuk positifkan diri bulan ni untuk capai cita2. Buang sejaub yang boleh segala anasir luar yang mengganggu. Dugaan memang banyak. Apabila dugaan menimpa, cepat2 terima dugaan tu, absorb, tenangkan diri dan kemudian buang segala cas negatif yang mengganggu tu jauh2. Lepas buat macan tu, anda akan bersa lebih tenang. Betul, cubalah.



Bagi anda di luar sana yang ingin mencapai cita2 anda bulan ni, pastikan anda berada dalam keadaan yang positif dari segi jasmani dan rohani. In shaa Allah. Anda mungkin orang yang berjaya pada bulan ni.



Akhir kata jadilah insan yabg positif dan buanglah segala cas-cas negatif yang menggang anda mencapai cita2. Ingatlah, segala ada cas2 negatif trsebut, anda mungkin akan susah untuk berjaya. Wallahualam



Luv ya


No comments:

Powered by Blogger.