EEQA LIFE: Cara Berenang Gaya Breast Stroke / Kuak Dada serta Supplement yang Sesuai Diambil Ketika Berenang


Lama rasanya berkeinginan untuk belajar berenang. Akhirnya selepas Eeqa buat search sikit mengenai kelas renang, Eeqa jumpa satu laman web ni yang mengajar berenang di Pusat Rekreasi Air Presint 6 iaitu Kelas Renang Putrajaya atau Smart-Renang yang di ajar oleh En. Md Bazli. 


Walaupun kelas yang Eeqa masuki ini diajar oleh instructor lelaki, tapi kami join juga dengan instructor perempuan dari Ezi2Swim iaitu Pn. Latifah. 


Yuran kelas belajar berenang ni sangat murah iaitu hanya RM98 untuk 6 kali kelas dan yang menyertai kelas ni semuanya golongan dewasa termasuk lelaki dan wanita. Untuk kanak-kanak juga ada tapi kelas mereka di Kompleks Kejiranan Presint 11 dan yuran mereka pula RM80 untuk 4 kali kelas.

Kami prefer pilih kelas renang dewasa kerana senang semuanya orang dewasa di situ berbanding kelas renang kanak-kanak. Untuk kelas renang dewasa pula diadakan pada malam hari iatu dari pukul 8.30 pm sehingga 10 pm berbanding kelas kanak-kanak hanya diadakan pada pukul 11-12 tengah hari. Waktu di mana matahari sedang naik mencanak. Boleh sun burn tuuuu. Tak mo, tak mo.



Ni pemandangan kolam renang daripada dekat. Nyaman nyaaaa. Ni pun saya baru habis kelas renang. Di mana kelas renang yang Eeqa hadiri hari ini merupakan kelas renang yang ketiga dan kami berjaya melakukan gaya renang pertama iaitu 'breaststroke' atau kuak dada.

Sebelum Eeqa lupa semua pelajaran yang Eeqa dah lalui, baiklah Eeqa ceritakan liku-liku perjalanan kelas daripada hari pertama sehingga ketiga di mana kami hanya belajar step 'breast stroke'.Bak kata instructor kami, gaya kuak dada ni lebih mudah dilakukan oleh perempuan kerana daya apungan kami lebih tinggi. Gitu. Maksudnya perempuan senang terapung. Yeke? yelaaaaa perempuan banyak lemak2 sonang la terapung. Haha, gelak3 bagi yang terasa. 

Kelas pertama kami hanya belajar:

1. Bubbling
2. Glide
3. Kick (Lipat, Buka, Tutup)
4. Pull
5. Breath
6. Bubbling
7. Glide
8. Kick



Kami ulang step ni sampai berjaya dalam masa 1 jam. Tak pernah2 buat semua ni. Memang fun dan excited. Masa tengah shower pun sempat belajar lagi. Haha.

Kelas kedua kami belajar:

1. Practise Kick (Lipat, Buka, Tutup)
2. Lepas Kick, Glide kejap dalam kiraan 3 (1,2,3....)
3. Lepas tu terus Up (maksudnya Pull)
4. Lepas tu Breath
5. Lepas Breath terus Kick balik
6. Kalau tenggelam, Up kan tangan ke atas.

Begitulah seterusnya. Nampak senang kan? Aiyoooo susah woo. Masuk air dalam hidung dan mulut pun banyak. Memang perit tapi kami tidak berputus asa. Adik Eeqa daripada tak tau tahan nafas dan float, dah pandai dah buat semua step di atas. Cumanya we need more practice. Ececeh.

Kelas ketiga iaitu pada hari ini, kami belajar:

1. Repeat semua step di atas.
2. Mula dari Glide, Kick (Lipat, Buka, Tutup), Glide (dalam kiraan 1,2,3...), Up, Pull, Breath, Kick balik dan so on. 

Hari ni Eeqa berjaya buat semua di atas dan dapat berenang dari hujung sini sampai hujung sana tanpa perlu naik. Bila kami berjaya barulah kami boleh continue ke gaya bebas (Freestyle) pula pada minggu hadapan. 

Sanggup tahan nafas dan berjaya sampai ke hujung. Punyalah nak belajar gaya bebas minggu depan. Kunci kejayaan breast stroke adalah relax dan ingat step. Buat dengan tenang dan jangan gopoh. Cam dah pro pula kan. hihi.

Biasanya kami akan pulang selepas instructor En Md Bazli pantau gaya kami hari ini. Memang kena buat dengan rilex dan lembut je. Kick lembut2 dan kick buka kaki besar2. Then masa up muka pandang depan. Masa glide muka pandang bawah. Nasib ada goggle, kalau tak tak berupaya den nak pandang bawah sekali buka mata.


Dengan berakhirnya kelas hari ni, makanya kami dah berjaya buat breast stroke la kan. Horeyyyy. Cumanya sebelum masuk kelas minggu depan, wajiblah kena ulang breast stroke ni lagi sekali. Chaiyok2. 

Lupa pula, bagi yang dalam proses diet untuk turunkan berat badan, berenang merupakan senaman yang baik untuk menurunkan berat badan. Jika anda berenang dalam masa 1 jam, anda mampu membakar lemak sehingga 500 kalori. Banyakkan? nak lagi cepat telan lechitin shaklee dulu, lagi cepat pembakaran berlaku kerana lecithin berfungsi dalam :


  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  • Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka & perlukan Lecithin ni? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye.. memecahkan lemak).. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian tau… Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Hari ini balik je rumah memang sakit lengan semua. Wajiblah saya telan oste matrix lepas ni untuk hilangkan segala lenguh2 di badan. 4 biji teruslah sebab rasa lenguh2 satu badan. Esok sure bangun je rasa segar. Tidur pun lena je sebab oste matrix bertindak me relax kan otot-otot kita.


Sebelum berenang pun elok sangat minum performance drink untuk beri tenaga berpanjangan kerana performance drink shaklee bertindak balas seperti 100 plus. 


Selain tu, muka juga perlu dicuci takut air daripada kolam renang tu tak bersihkan. Kenalah cuci muka dulu sebelum tidur. Eeqa pakai Purifying Cleanser daripada Enfuselle

Selepas dah ambil semua ni, bolehlah Eeqa tidur ye. Minggu depan Eeqa update lagi kelas renang untuk gaya bebas (freestyle) pula ye. Instructor kata perempuan susah nak buat freestyle ni. Harapnya tak susah sangatla kannnn. Kalau tak jenuh nak minum preformance drink kasi tenaga untuk berenang. 

Owh lupa, kami baru saja beli kamera SJ 400 ni untuk rakam gaya renang kami dalam air. Dapat murah sikit hanya RM375. Kalau siapa berminat boleh cari kamera ni ye. hihi. Nanti Eeqa update video gaya renang kuak dada Eeqa kat sini. Kelas renang ni best kalau ada instructor, mereka pantau gaya renang anda. Kalau buat sendiri memang ke laut la jadinya. Selamat malam.

Luv ya.


Untuk konsultasi, pembelian dengan harga termurah atau diskaun dari 10% sehingga 20% dan sebarang pertanyaan:


1. SMS/Whatsapp: +6013 2453182
2. Email: atiqahshahrom87@gmail.com
3. LIKE fanpage Slim & Fit Centre (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di facebook: Nur 'Atiqah Shahrom


Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dan arahan cara pengambilan vitamin secara PERCUMA


No comments:

Powered by Blogger.