EEQA LIFE: Bisnes Perlukan Motivasi?

Family Shaklee Eeqa: Ida, Kak Darna, Mar, Eira, Eeqa, Cucu Kak Ain, Master Ain, Kak Ana, Master Dila, Kak Sanah dan Kak Siti (Follower saya, Tq, Terharu)

Assalamualaikum. Pagi hari ni Eeqa tulis blog kan? Penat semalam 1 hari ke hulu hilir, hari ni nak spend time depan lappy. No more keluar, no more jalan2, no more viva, no more tol, minyak dan so on. No no no. Penat menghadap kereta beberapa hari ni sebab Eeqa kerja memang kena naik kereta. Hari ni insaf kejap duduk depan lappy (Padahal kaki dah sakit, hihi).

Ok, hari ni Eeqa berbesar hati nak cerita sepanjang Motivation Rally dan Majlis Sambutan Hari Raya yang berlangsung
semalam di SACC, Shah Alam. Majlis sepatutnya bermula pada pukul 2 petang tapi sebab ramai yang datang lewat dan majlis pendaftaran pun agak lama, majlis bermula lebih kurang pukul 3 petang. Eeqa pun sempat daftar pukul 2.45 petang macam tu.

 Pendaftaran

Reben dan kad untuk naik pentas

Atas ni apa yang Eeqa dapat sebelum masuk dewan. Suka Shaklee sebab mereka tahu menghargai semua distributor di bawah mereka tak kira anda baru daftar hari ini atau semalam atau 5 bulan lepas ke, semua sama rata. (Kelebihan jadi ahli Shaklee). Semalam Eeqa dapat ni untuk naik pentas ambil sijil Supervisor. Mana pula sijil Eeqa tu. Jap lagi Eeqa letak kat sini ye. Tahun depan Eeqa akan target untuk Senior Supervisor atau Coordinator. Lama dah di tangga Supervisor, Eeqa kena move on baru nampak peningkatan dalam bisnes. Amin.

Ok, pukul 3 majlis bermula dengan ucapan Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim. Berbaju biru dia semalam sama baju dengan Eeqa. Adoi tak sempat ambil gambar dengan dia kalau tak memang sedondon. Ni Eeqa letak gambar masa atas pentas dok menghadap muka dia ye. hihi. Sama kan baju kami? haha. Kelakar pula tengok gambar ni. Kalau orang tak tahu, ingat kami buat apa pula. kah kah kah.

                                              Eeqa dan Victor Lim

Selepas ucapan Victor Lim, ada ucapan dari wakil daru US tak sure siapa nama dia. Bawah ni Eeqa letak gambar dia sekali ye. Hensem juga macam Roger Barnett. Oops abang Roger tak hadir hari ni. Masa NC je selalunya dia ada. Lepas tu ada cabutan bertuah. Sangat bertuah orang yang dapat hadiah hari ni kan? Ada Collagen, Vivix, Vitamin C, Phytocol, Mealshake dan banyak lagi. Best dan menarik. 
Keadaan di dalam dewan

Selepas itu, bermulalah penyampaian sijil kepada Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator. Bermulalah Eeqa kena beratur panjang sebab yang dapat Supervisor memang ramai amat, Senior Supervisor pun boleh tahan ramainya. Kena aim rank atas2 kalau tak nak beratur panjang ye. Owh lupa, yang dapat sijil Supervisor dari Warga Permata Jutawan, Sinar Jutawan dan Teguh Jutawan ialah saya sendiri (Nur 'Atiqah Shahrom), Asneeda Ishak, Nur Jannah dan Nur Hasanah Halin. Untuk Senior Supervisor Rabiatul Adawiyah (Kak Lang) dan Key Coordinator dan membawa pulang sejambak bunga, tentulah 'nenek' Shaklee Eeqa iaitu Umee Suziana. Syiokkkk wo dapat bunga. 

Kemudian, baru Master Farihah Abu Kasim yang disegani keluar dan memberi sedikit motivasi kepada kami semua.  Ok, ni yang Eeqa nak share lebih kepada anda semua sebenarnya. Dalam sharing Master Farihah semalam, dia banyak menekankan kebaikan dan kelebihan memberi. Memberi tanpa mengharapkan balasan. Macam Eeqa tulis blog ni, walaupun purpose memang untuk bisnes tapi Eeqa tidak akan lokek share apa2 resepi atau tips-tips yang Eeqa rasa berguna kepada anda semua. 

Cara untuk anda sebarkan kebaikan sesuatu produk yang anda jual atau sebarkan kebaikan Shaklee sendiri ialah dengan:

  1. Cari kekuatan diri anda
  2. Betulkan niat untuk membantu
  3. Jangan pernah jemu berkongsi
  4. Percaya dan ingat ganjaran di sana dan sini
  5. FOKUS
Mencari kekuatan anda sangat penting. Sebelum ni Eeqa pernah stuck sekali. Lepas korek2, baru Eeqa sedar yang kekuatan Eeqa terletak pada Blog, bukan pada facebook dan offline. So, sekarang Eeqa dah nampak jalan dan fokus pada blog. Niat anda juga kena betul. Apabila cakap bab niat, semua orang akan cakap ye niat kita memang nak tolong orang tapi kalau anda tak pegang perkara tu betul-betul anda akan mudah give up. 

Lepas tu sentiasa berkongsi, berkongsi dan berkongsi. Percaya setiap yang anda buat pasti ada ganjaran. Kalau bukan manusia yang balas, Allah ada untuk membalas. Akhir sekali sila fokus. Fokus ni kadang ada yang susah nak buat. Dia jual tu jual ni tak fokus produk apa yang dia jual sebenarnya. Inagt pepatah ni, MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN. Buat apa-apa biar sampai menjadi. Baru puas hati. hihi. 

Master Farihah semalam dia share pasal dia bantu seorang anak dia yang obesiti. Anak dia memang ada bisnes kedai makan sebelum ni tapi sebab stress dia jadi obes macam tu. Lepas dia bantu, anak dia dapat turunkan berat badan dan bonus dapat income. Sekarang dia fokus jual Weight Loss Set sahaja. Nampak kan dia fokus. Cari kekuatan anda di set mana. Chewah cara cakap macam guide anak-anak Shaklee Eeqa padahal yang baca ni bukan distributor pun ada. Eeqa suka guide anak-anak, kalau berjaya rasa puas hati. Siapa nak daftar ahli boleh Whatsapp @ SMS Eeqa. Nak daftar secara PERCUMA pun Eeqa boleh guide. 

Lepas acara penyampaian sijil dan Motivation Rally barulah kami diberikan makan Jamuan Hari Raya. Makan nasi tomato, ayam masak merah, rendang ke kari kambing, ikan sambal, udang, sayur, lemang, ketupat dan rendang daging. Adoi sedapnya. Tak dapat snap gambar kenang2an sebab cik note habis bateri semalam. Sedih. haha. 


Semasa Eeqa dan rakan2 lain naik pentas

Eira bersama Eeqa, kak Darna dan Kak Sanah. Master Dila bagi hadiah collagen semalam. yey

Keluarga Shaklee kami. Happy dan Enjoy. Suka

Atas ni gambar keluarga Shaklee Eeqa dan gambar sekitar majlis semalam. Anda masih layak kalau nak sertai kami, tiada had limit. Tapi Eeqa cari yang betul2 ada semangat yang tinggi untuk berjaya. Setakat kena cabaran sikit dah give up, lupakan jela. Baru ni ada anak Shaklee Eeqa orang koyakkan flyers dia tapi dia sabar dan tak mudah give up. Orang macam ni yang Eeqa nak dan semangat nak bantu. hihi. Jangan lupa Whatsapp ye. 

Lepas pergi aktiviti macam ni baru Eeqa balik dengan semangat yang tinggi. Memang tiada orang paksa tapi aktiviti yang macam ni yang kita perlu supaya kita sentiasa termotivasi dan bersemangat untuk berjaya. Nak berjaya tak susah, tepuk dada tanya selera. Adakah anda mampu beri mak ayah 4 angka? Adakah anda mampu beri kebahagiaan kepada keluarga anda? Adakah anda mampu mengelurkan Infaq, Zakat, Sedekah dan Wakaf? Target Eeqa selepas ni untuk lebih banyak memberi. In Shaa Allah. Eeqa doakan agar anda di luar akan lebih succes dan fikirkan pula jika anda berjaya apa anda akan buat? Sebab kalau kita tidak tahu apa yang kita nak buat, susah juga Allah nak kabulkan permintaan kita. Wallahualam. 

Senior Supervisor to be - Eeqa

Luv ya

No comments:

Powered by Blogger.