EEQA KITCHEN: Resepi Spaghetti Aglio Olio

11:16 PM

Assalamualaikum semua. Semoga semakin bersemangat dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Anda deserve untuk bahagia. 

Hari ni Eeqa berbesar hati nak share Resepi Spaghetti Aglio Olio yang sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Bahan-bahan yang
digunakan pun tak mahal sangat. Campak2 je ye. Ok jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahan:



1. Spaghetti (guna brand San Remo, suku je)

2. Seafood ( udang/ sotong/kupang dan apa2 jelah yang berkenan )

3. Bawang putih 5-6 ulas di cincang2 halus. Cincang ye bkn hiris.

4. Bawang besar holland di dadu (bawang ni kulit dia kaler brown dan isi dalamnya kaler macam hijau2 sket, bukan bawang merah besar tu tau. Kalau takde pun boleh masak gak)


5. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar (ikut banyak mana nak jugak)


6. Sedikit serbuk cili / cajun / cili kering yg di gunting menyerong.


7. Garam secukup rasa

Cara-caranya :


1. Mula-mula rebus dulu spaghetti tu dan toskan.

2. Panaskan 2 sudu besar butter/ minyak olive oil/ minyak jagung/ minyak biasa pun boleh.

3. Tumis bawang putih dengan bawang besar tadi sampai layu. Bukan sampai hangit tau.

4. Kemudian masukkan bahan-bahan seafood dan kacau lagi. 

5. Masukkan spaghetti, serbuk lada hitam, cili kering / cili flakes dan garam jangan lupa. 

6. Gaul2 lagi dan siap. Nak taruk sayur2 yg bersesuaian pun boleh. suka hati la ye. 


7. Tambahan nak letak 'Chicken Slice' pun lagi sedap. Hiris halus-halus dan masukkan. Lebih sedap digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam spaghetti anda.

Selamat Mencuba.

Luv Ya

No comments:

Powered by Blogger.