EEQA KITCHEN: Resepi Spagheti Bolognese

Makanan masa potluck tempoh hari. Tu Kimah tengah cedok kuah spagheti

Wah resepi spagheti bolognese nampaknya harini. Western memanjang. Nak kata ada darah mat salleh idok ler pulak kan. Hihi. Ni tukar selera namanya. 

Ok, ni resepi masa kami buat
potluck masa kelas blog tempoh hari. Tak tau nak bawa apa, ni je yang mampu masak. Harap semua suka la ye dengan resepi spagheti bolognese ni. Senang sangat cara nak buat, campak2 je siappp. 

Bahan-bahan: (untuk dimakan masa majlis.. adalah 20 orang makan)

 Cendawan Butang

Tomato

 Hotdog

Bawang Besar dan Bawang Putih

1. Spagheti 2 paket (jenama San Mario biasa Eeqa guna)

2. 5 ulas awang putih di cincang halus

3. 4 ulas bawang besar di potong dadu.

4. 1 paket hotdog di potong dadu

5. 2 tin cendawan butang

6. Daging cincang (masa ni pakai daging cincang daripada Ramlee, pakai 4 keping terus)

7. 3 tin 350ml setiap tin sos PREGO ORIGINAL. 

8. Air rebusan daging.

9. 4 biji tomato dipotong dadu. 

10. Herba oregano

11. Serbuk lada hitam

12. Garam

13. Gula

14. Cili kering

Cara-caranya:

1. Panaskan mentega dan sedikit minyak. 

2. Masukkan bawang putih yang dicincang tadi.

3. Masukkan bawang besar, masak sehingga bawang layu. 

4. Masukkan sesudu cili kering dan tumis sampai cili masak. 

6. Masukkan daging cincang yang sudah direbus. Kacau2 lagi.

7. Masukkan sos prego dan air rebusan daging. 

8. Masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi seperti tomato, hotdog dan cendawan. 

9. Perasakan sos spagheti dengan serbuk lada hitam garam, gula dan serbuk oregano. Masak sehingga kuah pekat. 

10. Apabila kuah dah pekat, bolehlah di letakkan di atas sepinggan spagheti dan di tabur keju kalau suka. 

Tadaaa. Siap. 

Selamat Mencuba

Luv ya. 


Caca Carah pun ikut peneman beli barang masa nak masak spagheti tempoh hari.

No comments:

Powered by Blogger.