EEQA KITCHEN: Resepi Rojak Petis Johor dan Cara Membuatnya



Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari semua follower dan pelawat blog Eeqa. Terima kasih kerana ramai yang follow blog Eeqa. Jika anda belum menjadi follower, boleh click butang FOLLOW di atas ye. Hari ni nak cerita resepi rojak petis Johor resepi my mum.

Sebelum kita tengok cara membuat rojak petis Johor ni, kita tengok dulu bahan-bahan ye. Rojak petis Johor ni tak sah kalau tak de
tempe. Feveret kami sekeluarga, memang keturunan pure Jawa ni. Haha. Tak lah, dah campur2.

Ayah Abah ada campuran Arab, Mak Abah pula keturunan Jawa. Kalau arwah nenek cakap Jawa confirm tak faham. Kalau kat sebelah mak, Ayah mak yang keturunan Jawa, Mak mak keturunan negeri sembilan, Minangkabau ke apa ntah. So, Eeqa ni dah campur2 dah tak tau nak panggil apa. Jawarean. Haha.

Ok, merepek merapu memang hebat kan Eeqa ni. Berbalik kepada resepi rojak petis Johor tadi, sebenarnya balik kampung tempoh hari baru makan, tapi sebab dapat makan sikit dan tak puas, adik terus beli bahan-bahan semalam.

Bahan-bahan


Bahan 1:





Cili padi
Asam jawa/limau
Petis
Gula
Kicap
Kacang


Bahan 2:



Tempe

Tauhu

Timun
Sengkuang
Jambu
Nanas
Togey
Kangkung
Mangga


Untuk bahan-bahan ni, bahan 1 wajib kena ada. Bahan 2 pula ikut selera dan tekak masing2 nak letak apa. Tempe dan tauhu wajiblah di goreng kan dahulu. Selepas goreng baru di potong dadu. Untuk kangkung dan togey pula elok di celur dalam air panas dahulu untuk melayukannya. Kacang tanah pula elok digoreng terlebih dahulu dan dikisar sehingga halus.

Cara Membuatnya: (untuk 3 orang makan)

1. Blander 2-3 biji cili padi sehingga halus dan tuang ke dalam sebuah mangkuk besar. (Seeloknya mangkuk besar supaya senang nak kacau)

2. Masukkan 1 sudu kecil (hujung sudu je)  asam jawa. Asam jawa boleh menggantikan limau kasturi. Ada limau boleh guna limau ye. Kemudian kacau.

3. Masukkan 1 sudu besar petis (tak kisah apa2 jenama). Kemudian, kacau lagi bancuhan tadi.

4. Masukkan 2 sudu besar gula. Elok pakai gula merah tapi dah takde, gula pasir pun boleh. Kacau2 sampai hancur.

5. Kemudian masukkan kicap pekat. Agak2 je kuantitinya sehingga adunan agak basah dan hitam. Kacau lagi.

6. Kemudian masukkan satu ke 2 sudu besar kacang. Kacau lagi sehingga sebati.

7. Dah sebati adunan petis tadi, baru masukkan buah2 an, togey, tempe, tauhu, semua2 lah. Potong kecil2 jangan tebal2 sangat dan agak2 cukup 1 adunan. Kalau banyak sangat nanti kering sangat rojak anda, lebih sangat kicap nanti masin. .

8. Dah siap, masukkan dalam sebuah pinggan dan taburkan kacang tadi di atas rojak petis Johor anda. Siapppppppppp.

Selamat mencuba.

Luv ya.

2 comments:

  1. nak tanya beli petis tu kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh petis tu beli kat giant. Boleh pakai apa2 jenis petis my mum bagitahu sebab kita akan bancuh semula guna bahan2 lain tu. Rasa still sedap.

      Delete

Powered by Blogger.