EEQA KITCHEN: Resepi Makaroni Cheese

12:43 PM

Makaroni Cheese sangat sedap di makan ketika waktu tengah hari atau di makan ketika minum petang. Eeqa dan seorang kawan baru masak Makaroni Cheese ni minggu lepas masa kelas Blog. Actually, 
bukan Eeqa yang masak, Eeqa tolong kacau je. Kawan Eeqa yang Eeqa maksudkan adalah rakan baik semenjak zaman sekolah lagi iaitu Amy. Hihi. (Jangan marah ye tuan punya resepi). 

Resepi Makaroni Cheese ni sangat simple rupenye. Tapi simple lagi kalau anda makan di Kenny Rogers as a side dish. Adik Eeqa kata dia cairkan cheese dan masukkan makaroni. Patutlah tawar semacam masa makan tempoh hari. Nasiblah dapat diskaun sebab adik kerja situ. Hihi. (Nak diskaun? Pergi makan kat Kenny Rogers Metro Point ye, adik kerja part time kat situ). Yang Eeqa buat dengan amy ni siap ada udang dan brokoli lagi. Chewahhhh.

Bahan-bahan:


1. Beberapa ulas bawang besar di potong dadu
2. Beberapa ulas bawang putih di cincang halus



3. Beberapa ekor udang di siang



4. Makaroni berbentuk melengkung begini



5. Brokoli di siang



6. Setengah cawan susu Full Cream Milk. Eeqa pakai jenama DUTCH LADY



7. Sedikit Mozarella Cheese

8. Garam

9. Serbuk Lada Hitam

10. Herba Rosemary dan Oregano


Cara-cara Membuatnya: (untuk 2 pinggan)

Makaroni Cheese ni lebih sedap di makan panas-panas. Masa masak Makaroni Cheese make sure orang yang nak makan tu dah ada dan dimasak on the spot sebab takut makaroni kembang apabila dibiarkan lama. Tak sedaplah kan.


1. Masukkan bawang besar dan bawang kecil yang di potong dadu tadi. Masukkan agak-agak cukup untuk 2 orang makan. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.


 2. Masukkan beberapa ekor udang. Cukuplah 1 pinggan 4 ke 5 ekor udang sahaja. Masuk banyak-banyak sangat pun tak elok untuk orang yang RESDUNG macam Eeqa ni. Masukkan brokoli sedikit.


 3. Masukkan susu Full Cream Milk tadi. Agak-agak makaroni anda di basahi susu seperti gambar di bawah. Banyak sangat nanti rasa muak pula. Sikit sangat nanti kering Makaroni Cheese anda.


 4. Masak seketika seperti gambar rajah di atas.


 5. Parut Cheese tadi untuk memekatkan kuah. Masukkan sedikit Mozarella Cheese.


 6. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano untuk rasa sedikit kepedasan dan menaikkan aroma Makaroni Cheese.


 7. Masukkan sedikit garam untuk perasa. 


 8. Siappppppp. Sedia untuk di makan. Nyum2. 



9. Boleh juga di makan bersama drummet Ayamas ni. Sedap tidak terkata. 

Selamat Mencuba. 

Luv ya


2 comments:

  1. Singgah disini..

    Btw anda telah ditag

    http://aquzack.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah zack. Btw tag tu apa? hihi. budak baru belajar

      Delete

Powered by Blogger.