EEQA LIFE: Cara Buat Blog

Fuuhh. Lega sekejap rasa selepas 2 hari berdebar-debar apabila Eeqa diminta menjadi speaker untuk kelas cara buat blog dan SEO. Yelah bayangkan tinggal 2 hari je untuk Eeqa buat preparation untuk kelas blog ni. 2 hari juga saya kena perah otak memikirkan apa yang patut saya letak dalam slides presentation Eeqa nanti.



Akhirnya kerana merasakan itu adalah tanggungjawab yang perlu Eeqa pikul untuk mencurahkan ilmu yang pernah Eeqa dapat dengan Master Salwa, Eeqa berjaya juga menyediakan slides cara buat blog dan SEO. Walaupun tak seberapa semoga anda semua mendapat manfaatnya.




Atas ni gambar ketika sesi pembelajaran cara buat blog berlangsung. Amboi tangkap gambar dari tepi nampak bulatnya mukaku. huhu. Tapi tak mengapa asalkan semua pelajar Eeqa dapat dengar dengan khusyuk setiap biji butir yang ingin Eeqa sampaikan. Ketar jugalah sebab biasanya Eeqa main buat je blog ni, apa Eeqa suka nak letak, Eeqa terus letak. Beza jika kita nak kena cerita dengan orang lain.


Sementara bercerita kisah blog ni, jom tengok gambar sekitar kelas blog masa 30 ogos 2014 tempoh hari ye. Jangan stress-stress belajar cara buat blog.




 Chewah ramai tak student saya?

 Kelas di mana kelas cara buat blog berlangsung.


 Gaya tak menahan. Tq Kak Dila tolong tangkap gambar


 Cuba tengok student saya sorang yang depan tu. Senyum tak menahan. haha


 Tekun dan khusyuk ye semua? Meh nak cek blog sorang2.


 Chewah gaya cikgu moden. Perasan lagi


Seorang pelajar Eeqa yang begitu khusyuk menelaah blog baru. Semoga blog Mak Yang cantik ye Mak Yang. Seorang yang Eeqa kagum juga ni. Umur bukan alasan untuk belajar dan berjaya hokey.

Teringat pula dipermulaan Eeqa menceburi bidang blogger. Masa tu Eeqa sedang melanjutkan ijazah di Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan awam. Masa tu semua orang sibuk belajar, Eeqa pula sibuk belajar cara buat blog melalui seorang rakan. Pada masa itu Eeqa mula menjinakkan karier dalam bidang blogger.


Blog pertama yang Eeqa hasilkan adalah blog kebaya-tqah di mana Eeqa ambil stok kebaya-kebaya ini daripada Indonesia. Ni memang blog yang Eeqa paling sayang sebab Eeqa sangat rajin berwalking untuk menaikkan ranking blog saya dan pengunjungnya juga sudah hampir 30 ribu orang. Alhamdulillah.



Kemudian, Eeqa berminat untuk menjual produk kesihatan Shaklee yang saya rasa sangat menarik untuk dijual memandangkan pada ketika itu Eeqa memang mencari sebuah produk untuk dijual. Dengan produk shaklee Eeqa berasa lebih dengan dengan-Nya, lebih sabar, lebih kenal erti rezeki, jodoh dan ajal di mana semuanya di tangan Allah. Kita sebagai hamba memang perlu untuk berserah kepada-Nya.



Okay, dah melalut nampaknya. Sekarang Eeqa akan ceritakan pula cara buat blog. Di bawah ni Eeqa ada share slides cara buat blog ketika kelas pagi tadi berlangsung. Semoga bermanfaat.


 Cara 1

 Cara 2

 Cara 3

 Cara 4

 Cara 5

Cara 6

Apa-apa yang tak faham, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen. Selepas step 5 cara buat blog tu, iaitu selepas anda create blog anda, anda perlulah follow cara 6. Edit layout dulu, pilih template yang menarik, pastu letak gadget yang memberangsangkan, lepas tu barulah menulis post anda. Nak lebih baik, follow konsep SEO. Nak tau lebih lanjut pasal SEO? Anda kena jadi ahli shaklee dengan Eeqa sebab Eeqa ajar anak-anak di bawah saya SEO free je. Ilmu dapat, duit pun masyuk kan? Amin. 

Sekian sahaja celoteh-celoteh petang pada hari ini. Pukul 5 dah pun. Masa untuk Eeqa ke kelas mengajar pelajar Eeqa yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Mata pun dah kuyu, mari pergi kelas. Sebelum beredar, mari hayati gambar-gambar ketika kelas cara buat blog berlangsung dan selepas kelas habis. Ni memang aktiviti kami kalau habis kelas, memang menguatkan ukhuwah bersama. Semua pelajar hari ni juga memang sporting. 


Luv ya.

Bersama sifu-sifu Shaklee yang saya hormati. 

Bersama rakan lama sama-sama belajar di Universiti Malaya (Noha), Kami memang suka posing sejak dari zaman Unibersiti. hihi. Peace


 Oh, sempat lagi posing di cermin hikmat

 Bersama peserta-peserta Cara Buat Blog

Shaklee tidak membataskan untuk membawa bersama-sama anak anda ketika kelas berlangsung.

 Pelajar-pelajar yang terlibat.

 Last skali selamat menjamu selera di Tat Nasi Ayam. Alhamdulillah.

No comments:

Powered by Blogger.