EEQA KITCHEN: Resepi Nasi Ayam Paling Sedap

Hari ini 22 Ogos 2014 (Jumaat), 26 Syawal, saya masih lagi berpuasa dan merupakan puasa ke-5 untuk bulan Syawal yang penuh kegembiraan ini. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan misi
mencari keredhaan Ilahi. In shaa Allah.



Hari ini Eeqa berpuasa, makanya dalam kepala sentiasa memikirkan menu untuk berbuka puasa nanti dan Eeqa teringat menu Nasi Ayam Paling Sedap yang Eeqa masakkan pada 2 minggu yang lepas. Mood masak telah kembali masa tu. hihi. Saya sharekan menu Nasi Ayam Paling Sedap kepada anda semua ye. Ramai yang minta resepi ni dalam facebook Eeqa Nur 'Atiqah Shahrom dan ramai yang dah cuba. Ternyata resepi ni memang sedap lagi superb. Mari kita lihat bahan-bahan untuk resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan cara-cara membuatnya.


Bahan-bahan untuk Ayam:



1. Ayam Seekor (jangan potong)

2. Bawang Merah
3. Bawang Putih
4. Halia
5. Sos Tiram
6. Kicap Cair
7. Kicap Pekat
8. Minyak Bijan
9. Madu


Bahan-bahan untuk Nasi:



1. Mentega

2. Minyak ayam
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Halia
6. 2 helai daun pandan
7. 1 helai daun salam (bay leave)
8. Susu full cream
9. Serbuk ayam
10. Garam
11. Gula
12. Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis


Bahan-bahan untuk Sambal Cili:



1. 5 biji cili padi merah + 5 biji cili merah

2. 5 ulas bawang putih
3. 2 cm halia
4. 1 sudu teh cuka
5. 1 sudu teh garam
6. 1 sudu teh gula
7. 1/2 cawan air rebusan ayam


Bahan-bahan untuk Kicap:



1. Lebihan perapan ayam





Cara-cara perap dan sediakan Ayam:




1. Perap ayam dengan bawang merah, bawang putih, halia dalam 30 minit

2. Rebus sehingga separuh masak.
3. Perap lagi dengan sos tiram, kiçap cair, kicap pekat, minyak bijan, madu dan perap selama




4. Goreng @ panggang sehingga




Cara-cara masak Nasi Ayam Paling Sedap



1. Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.






2. Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.









3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.



4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.



5. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.




Cara-cara sediakan Sambal Cili:





1. Blend cilipadi merah, cili merah dengan halia dan bawang putih.



2, Masak di dalam kuali.



3. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.



4. Tambah sedikit air rebusan ayam.



5. Masak dengan api kecil sehingga likat.




Cara-cara sediakan Kicap:



1. Sos kicap tu lebihan perapan ayam tadi (sos tiram dll)



2. Tambah sikit air rebusan ayam.. pastu didihkan atas api.




Selamat Mencuba.



Luv ya.



Sumber: http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/nasi-ayam-paling-sedap.html







No comments:

Powered by Blogger.